Thursday, May 5, 2011

soalan santau

s: adakah santau adalah sihir atau gangguan?
j: santau adalah sihir. dan boleh dikatakan ianya sihir yang paling bahaya. biasanya ia umpama kanser, dikesan hanya apabila sudah kena dan sudah teruk. dan santau juga terjadi dengan kerjasama penyantau (tukang sihir) dan jin. bila ada kerjasama maka nama nya sihir, jika hanya jin nama nya gangguan.


s: Salam Ustaz, beberapa kali emak saya sesak nafas akibat lelah. dulu dia pernah berubat santau di sungai besi (lebih kurang 15 tahun dulu). adakah sesak nafas itu ada kaitan dengan santau?
j: belum tentu ada kaitan nya dengan santau. memang santau boleh berulang. barang santau dlm badan boleh di katakan sebagai ibu penyakit. pelbagai penyakit boleh jadi daripada ibu santau tu. dan barang itu juga membiak, jika tidak dirawat habis, sampai putus ubat, maka ia boleh berulang lagi. tapi mak puan itu belum tentu santau, saya bagtau tadi secara umum sahaja.

s: camne tanda kena santau?
j: santau ada tanda2nya, saya sendiri pun tidak suka menyebut perkataan santau. kerana boleh jadi penyakit lain, tp tandanya sama. menyebabkan orang itu takut dan mula lemah semangat ingatkan diri kena santau. secara umumnya, tanda utama ialah, batuk2, sakit dada, fikiran kacau, dan bila keadaan teruk ialah muntah darah.

No comments:

Post a Comment