Monday, May 16, 2011

S: Menurun

S:"Assalamualaikum...ada perawat berubah suara dan loghat semasa merawat...adakah ini berkaitan dengan jin..."

2011-05-07 5:08 AM

#

J: Berubah suara boleh jadi kerana beberapa sebab. mungkin kerana membaca doa dlm volume yg byk dan laju, menyebabkan serak tekak, atau mengubat dlm waktu yg lama, atau juga kerana dlm air-cond atau bwh kipas. yg ini tidak mengapa.

ada juga kerana menggunakan jin (menurun). jin akan masuk dlm badan perawat, dan mula melakukan perawatan, atau membantu menyelesaikan apa jua masalah yg ditanyakan oleh pesakit.

Biasanya senang nak kenal perawat jenis ini. Tandanya ialah berubah suara/loghat, ada juga yg berubah jadi sora perempuan, atau membahasakan dirinya sebagai bonda (kononnya dia adalah emak yg dtg nak bantu anak cucu).

Setelah dimasuki jin, perawat td seakan bukan dirinya lagi. Dan memang pun begitu kerana ia telah dikuasai makhluk halus. Inilah satu kedurjanaan perawat jenis ini, dengan sengaja menyerahkan diri kepada jin/iblis/syaitan untuk dikuasai.

Jika anda pernah terlibat dengan perawat/bomoh seperti ini, jauhilah dia. Sesungguhnya ia tidak membantu masalah yg dihadapi, malahan rekod menunjukkan penyakit yang dideritai bertambah teruk, yang ditanggung tidak jua sembuh.

Jika ada yg sembuh, itu kerana pesakit itu telah menggadaikan keimanan dan akidahnya. Dan syaitan gembira lalu tidak lagi mengganggu pesakit itu. Lalu pesakit ingatkan dirinya sudah sembuh, dengan kaedah yang syirik tersebut.

Wallahua’alam

No comments:

Post a Comment