Friday, May 20, 2011

Soalan: Jampi yg boleh?

  • Guest salam ustaz,bagaimana pula bila kita pergi mengurut tp org org yg mengurut kita tu membaca jampi berpantun
    20.05.2011 14:42:01

Jawapan: Bukan semua jampi adalah haram dan bukan semua adalah halal.

Sabda Rasulullah SAW:

إِ نََّ الرُّقَََََََََى وَالتََّمَائِمَ وَ التِّوَلََََةََ شِِْركٌ

”Sesungguhnya jampi-jampi, azimat-azimat dan tiwalah adalah syirik”. (H.R. Abu Dawud)

Jelas daripada hadis di atas jampi itu haram, bahkan syirik. Tapi perlu dipahami, bahawa hadis tersebut ialah Hadis Umum. Maksudnya, ia menyatakan secara umum.

saya bawakan disini hadis khusus yang mendetailkan hadis umum tadi:

Sabda Rasulullah SAW di dalam sahih Muslim , daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’i katanya:


كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: “اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

Maksudnya : “Kami dahulu berjampi ketika Jahiliyah, maka kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana engkau lihat perkara itu ? Sabda Baginda : Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada padanya unsur syirik.”


Sesuatu jampi itu hendaklah sebaik2nya:

1) Difahami maksud

2) dan tidak mengandungi unsur pemujaan dan kesyirikan.

3) Tidak menganggap dan beriktikad bahawa jampi tersebut berkuasa dan meninggalkan bekas.

Maka tidak salah jika jampi nya mcm berpantun sekali pun, tp mmg salah jika jampi nya itu memuja jin, ada beberapa jampi yg nampak "baik", menggunakan bahasa Arab, diakhiri pulak dengan la ilahaillah, tetapi di tengah2 nya terdapat perkataan yg tidak biasa kita dengar, setelah diselidiki, perkataan tersebut merujuk kepada ketua kaum2 jin.

tapi yang terlebih baik dari itu ialah kita menggunakan jampi yg jelas selari syariat. Jibril juga pernah menjampi Rasulullah SAW:

Dari Abi Sa’id bahawasanya Jibril pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata : “Wahai Muhammad, kamu berasa sakit ?, jawab baginda : Ya. lalu Jibril membaca:

بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسدٍ الله يشفيك، بسم الله أرقيك

“Dengan nama Allah aku menjampiMu, dari setiap sesuatu yang menyakitkan Mu, dari setiap jiwa atau ain (pendangan) dengki, Allah, dialah yang menyembuhkan Mu, dengan nama Allah aku menjampi Mu.”

No comments:

Post a Comment