Thursday, December 31, 2009

soal jawab

insyaalah soalan akan sy jawab.

zaid macamane nak atasi masalah tapak tangan selalu berpeluh dengan banyak?2009-12-30 3:58

keadaan ini dinamakan hiperhidrosis. dan saya telah temui banyak kes sebegini. Keadaan ini berlaku apabila saraf simpatetik bertindak aktif lebih daripada keadaan yang sepatutnya. kesannya tgn sangat basah, menaip pun tak selesa, nak bersalam pun segan dan byk lg masalah lain. kalau rawatan hospital, akan dilakukan pembedahan kecil, sy kurang pasti kosnya berapa dan apa risiko nya.

saya pernah merawat hiperhidrosis ini dengan kaedah doa, walaupun tidak sembuh (memang susah nak baik pun sbb ini adalah faktor genetik) tp ia berkurang. amalkan membaca يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي Surah hud 44 kemudian tiup pd kedua tgn. insyaalah.




setiu Adakah penghidap kencing manis boleh minum madu?2009-12-28 6:46 AM

madu ada b anyak kebaikan utk pesakit kencing manis. biasanya pesakit akan cepat letih, ini kerana glukos tidak di tukar menjadi tenaga. so utk membekal tenaga, madu lebih baik. madu juga merangsang insulin semulajadi dari badan.

Doa Hiperhidrosis

doa rawatan hiperhidrosis (tapak tgn berpeluh/peluh badan yg melampau)
1. baca al-Fatihah
2.doa di atas
3.tiup pada tapak tgn.

Monday, December 28, 2009

Ayat-Ayat Ruqyah Umum

1.Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2.Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3.Surah Al-Baqarah ( ayat 102 )
4.Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5.Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6.Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7.Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
8.Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9.Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 )
10.Surah Al-A'raf ( ayat 120 )
11.Surah Yunus ( ayat 81-82 )
12. Surah Thaha ( ayat 69 )
13. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
14. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
15. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
16. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
17. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
18. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
19. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
20. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 )
21. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

ayat2 ini dibaca untuk merawat pesakit ataupun untuk diamalkan oleh pesakit sendiri sebagai amalan harian dan waktu lapang.


banyak kes yang saya temui senang di rawat dan cepat sembuh setelah menjadikan ayat2 ruqyah ini sebagai amalan. Insyaaallah.

4 macam manusia

4 macam manusia. Kita di darjat mana?

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

soal jawab

isyaalah soalan anda akan dijawab
  • musanah (yg ust rawat kat subang) akum, minggu lps ust rawat sy tp sy lupa cara nk mandi daun bidara.
    Details
    2009-12-20 9:00 AM

  • cara nya ialah guna daun dibara dengan bilangan ganjil, tumbuk dahulu dengan lesung, jgn lumatkan, cuma pecah2kan shj. campur dengan air dlm baldi yg telah ditambah dengan sedikit air doa. kemudian minum sedikit air itu. kemudian gunalah air itu utk bilasan mandi terakhir. mandi waktu ptg sblm magrib.

  • alan akum ustaz ada tak mansia yg bole tgk jin
    Details
    2009-12-20 8:58 AM
    asalnya setiap benda ghaib itu takde siapa yag nampak kecuali allah. namun jika Allah izinkan boleh. ada perawat yg boleh nampak/ tahu kehadiran jin. namun yg nampak tu bukan dlm bentuk asal. kadang2 budak kecik pun ada nampak juga.

Sunday, December 20, 2009

Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis

Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis

Pada 16 Dis yang lalu saya tlah menghadiri Muzakarah Pakar yang di jalankan oleh Pejabat Mufti Selangor. Muzakarah ini bertajuk "Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis".

Muzakarah ini telah dihadiri oleh hakim-hakim mahkamah, peguam sivil dan syariah, doktor perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan Islam.

Isu yang sangat menarik telah dibincangkan iaitu untuk mengheret pengamal sihir ke mahkamah. saya sempat berbincang dengan seorang hakim syariah mengenai tajuk ini dan menurut beliau antara cabaran utama dalam merealisasikan usaha ini ialah bentuk keterangan yang patut di terima pakai?

secara mudahnya, apa buktinya dia melakukan sihir? adakah dengan pengakuannya? ( memang dia tak akan mengaku pun) ataupun mimpi mangsa sihir? (mimpi boleh percaya ke?) dan banyak lagi elemen lain yang memerlukan penjelasan dan pandangan pakar.

secara kelseluruhan saya merasakan muzakarah ini sangat baik dan memerlukan usaha yang berterusan, bukan hangat2 tahi ayam. kerana ia merupakan perjalanan yang panjang.

dua tokoh perubanatan islam telah membentangkan kertas kerja iaitu, Tuan Guru Dato Dr Haron Din dan Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji dari Ulul Albab Management Services.

tuan guru harun din
Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji

doa zikir

Doa ini mengandungi kalimah tauhid yang maha agung.

soal jawab

Insyaalah soalan anda sy cuba jawab. Boleh bertanya kat shoutbox atau email.

s. salamualaikum,betul ke orang tua mkn banyak tu tandanya dia ada bela?

j. tak semestinya. mungkin dia lapar sangat hari tu so mkn la banyak skit. tak boleh nak judge dia berdasarkan dia mkn. tapi kebanyakan kes bela atau saka mmg dia akan mkn banyak. lebih dari org tua yang lain.


s. ass jiran saya baling seluar kecik atas umah nak tolak ujan time knduri, jadik ke???

j. takyah la baling benda2 mcm tu. nampak kat org buat malu jer. allah turunkan hujan, minta lah padaNya untuk tahan kejap hingga program selesai.


s. salam. wahabi tu tu sape?

j. nama dia Wahab, orang arab.


s. ustaz, enta tau ada tak jin nama dia puteri sulung?

j. maaf ana tak tahu la. mana la ana tau nama2 dorang.


s. pelajar b.arab masyaAllah. ust hanafi telah pn on9. ust, ade tak hasrat nak buka kelas.. teringin sgt nak menadah dgn ust2009-12-10 2:02 PM

j. kalau kelas bahasa arab sy guna buku dari madinah tu, sy ada buat buku tambahan sebagai rujukan sampingan.

Wednesday, December 9, 2009

Doa Nabi Sulaiman

رَبِّ اغْفِرْ لى‏ وَهَبْ لى‏ مُلْكاً لا يَنْبَغى‏ لأَحَدٍ مِنْ بَعْدى‏ إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

What is Ruqyah?

Ruqyah

Definition

Ruqyah (plural: ruqa) derives from the past-tense verb raqa. It consists of words said or written in the form of dud or Dhikr for the purpose of protection or cure. It is sometimes accompanied with other actions, such as blowing or wiping over the thing to which it is applied.

A synonym for ruqyah in Arabic is "ta'with" and "ta’withah", from which derives the description "al-Mu’awwidhat" (the protecting ones) for the last three suras of the Qur’an, and "al-Mu’awwidhatan" (the two protecting ones) for the last two suras only (cited below).

People from most cultures and religions use various forms of ruqa. They are usually referred to in English as spells, charms, incantations, and so on. Most of those ruqa contain magic, shirk, senseless words, lies, etc. Because of this, the Prophet (Peace and Blessing upon Him) prohibited using ruqa at first. Ibn Masud (RA) reported that the Prophet (Peace and Blessing upon Him) said:

‘Indeed, ruqa, amulets, and tiwala*, are all acts of shirk.’ Recorded by Ahmad, Abu Dawud, and others. Verified to be authentic by al-Albani in as-Sahihah no. 331.

(*Tiwala: Beads or other objects, usually worn around the neck, believed by some people to have the power of making a husband love his wife.)

Later on, he (Peace and Blessing upon Him) allowed people to use only the ruqa that he approved, or that did not contain shirk. Jabir Bin 'Abdillah (RA) reported that Allah's Messenger (Peace and Blessing upon Him) prohibited ruqa. Then, some people from the tribe of 'Umr Bin Hazam came to him and said, "We have a ruqyah that we used to use for scorpion and snake stings; but you have now prohibited using ruqa." And they showed it to him. He (Peace and Blessing upon Him) said:

‘I do not see anything wrong in it. Anyone among you who can benefit his brother should do so.’ Muslim

Doa Pohon Hidayah

Doa Petunjuk Dan Rahmat Dari Allah

Monday, November 23, 2009

Doa Perlindungan

Doa ini juga di panggil Doa Penggerak.


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِىْ لَايَضُرُّ مَعَ اسْمِهٖ شَىْءٌ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


cara beramal dengan doa ini:

1. doa ini dibaca sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau perjalanan.

2. bacakan doa ini sebanyak 3 atau 7 kali. kalau bacaan itu lancar, maka lancar lah pekerjaan kita, insyaalaah. tapi kalau bacaan itu tersekat2, atau terganggu maka rehat lah dahulu beberapa ketika, kemudian baca lagi sehingga ia betul2 lancar.

3 soalan

3 soalan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya.

Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda.

“Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Saturday, November 21, 2009

Symptoms of Black Magic or Sihr

Symptoms of Black Magic or Sihr
The physical symptoms of black magic can be summarised as:

•Fever - may be high
•Headache
•Tiredness
•Dry cough
•Sore throat
•Stuffy, congested nose
•Muscle aches and stiffness
These problems can last for years while doctors find nothing wrong, or diagnose the symptoms as ME or chronic fatigue symptoms.

These symptoms are very similar to flu, which lasts around a week. If your experiences last for a few days, then it is likely you have flu. However, if these symptoms continue, or come and go on a daily or weekly basis, then you may be suffering from sihr or black magic.

Part of the cure for black magic is for the healer to go through these symptoms in a very short period of time, maybe for 24 hours. This experience is very uncomfortable physically, but at the same time there are many powerful transformative spiritual visions and experiences that help the Healer to understand the methods and techniques of the black magician(s) who attacked the patient.

There are many other symptoms of black magic. Black magic is used to deprive or prevent spiritual and material happiness, development and growth.

Black magic puts a block your wisdom and intelligence and all efforts to solve the problem are fruitless. You feel a mental block, you get disturbed sleep with bad dreams, and negative thoughts. There is heaviness and weight on the heart and constriction in the throat.

Nothing seems to go right, and you may feel the victim and blame of everything that goes wrong. One feels one is not getting one's due and can achieve much more. You may feel suffocated and restless and it is difficult to feel at peace. You feel depressed, with lack of enthusiasm or desire to live.

Wednesday, November 18, 2009

5 soalan Imam al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :


Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita

ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).



Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'


Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"