Assalamu'alaikum.Ada pdpt mnyatakan bhw jk perawat mnta nama pesakit & nama ibu, mk prubatan e2 dikata guna Jin. Betulkah?Blh ust tulis ttg hal ni?
- 2011-05-05 11:18 AM
waalaikumussalam.
untuk menjawab persoalan ini, perlulah kita meneliti sumber atau dalil sesuatu pernyataan. saya sendiri pernah mendengar orang mengatakan jika perawat minta nama pesakit dan ibunya, maka tidak syak lagi perawat itu menggunakan jin.
saya cuba mencari dalilnya, tiada. (atau saya belum menjumpainya?) yang ada cuma lah, sumber dari buku (kalau tak silap)Wahid Salam Bali, dalam buku beliau ada menyatakan jika perawat minta nama pesakit dan ibunya, itu merupakan tanda perawat menggunkan kaedah jin.
itu pun disebut sepintas lalu sahaja, dalam bab ciri2 rawatan yang menggunakan jin. tiada dalil/hadis/ayat yang disertakan. mungkin itu hanya pendapat dan pengalaman beliau di sana, sesuai dengan keadaan di tanah arab. dan buku tersebut telah menjadi pegangan beberapa perawat, dan menjadi teks utama beberapa perawat. lalu tersebarlah pendapat sedemikian.
saya datangkan di sini satu hadis, yang lebih layak kita berpegang dari pendapat manusia semata-mata.
Dalam riwayat Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan meletakkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:
بسم الله وبالله أسأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وجلالك وقُدْرتك على كُلِّ شيءٍ فإن مَرْيَمَ لمَ ْتَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوحِك وكلمتك أَنْ تَـكْشِفَ ما تَلْقَى فاطمةَ بِنْتَ خديجة مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ
Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.
Dalam hadis ini jelas nabi menyebut Fatimah binti Khadijah. takkan nabi tak tau nama bapa Fatimah itu? mustahil. Nabi telah menunjuk contoh pada kita maka boleh la kita amalkan.
dalam amalan talkin pun, yang disebut ialah nama si mati dan emak nya. adakah tok imam itu juga menggunakan jin?
kesimpulannya, menyebut nama pesakit dan ibu nya adalah tsabit dari dari hadis dan jelas sumber nya. mungkin pendapat yang tuan tanyakan tadi itu adalah kes terpencil yang perlu di fahami dari konteks yang lain.
Faham..Rasulullah s.a.w mengunakan nama ibu "Fatimah bt.Kadijah"...
ReplyDeleteTerima kasih ustaz.
itulah. orang2 moden ni kadang2 bila karang Kitab,main ikut suka ja duk hukum orang
ReplyDelete