Wednesday, January 27, 2010

10 AMALAN YANG TERBALIK

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Monday, January 25, 2010

pendinding yang memudaratkan

AbgauditSalam Ust . Boleh cerita sikit tak tentang pendinding yg dibenarkan dalam Islam.Dan yg ditegah.
2010-01-23 6:27 AM
#


Pendinding yang dibenarkan ialah pendinding yang di ajar oleh Rasulullah, atau yang di amalkan oleh para ulama.



pendinding yg boleh ialah antaranya dari al-quran, kerana quran itu syifa'. ataupun doa2 yg diajar oleh nabi, atau doa amalan para soleh.



ada juga pendinding yang perlu dilakukan dengan kaedah tertentu, seperti menggunakan garam, asam jawa dll.



semua pendinding ini dibolehkan kerana ia berkonsepkan doa kepada allah dan usaha kita.



pendinding yg tidak boleh pun byk juga. kebanyakkan nya menyeru kepada jin. atau setidak-tidaknya kepada makhluk yg kita tak pasti.nama pelik2 dan bahasa pelik2.



PERBEZAAN PENDINDING HALAL DAN HARAM:



Bezanya ialah


1. pendinding haram membawa kita kepada syirik.


2. pendinding haram bukan saje menhalang kemudaratan, malahan mendinding kebaikan yang perlu kita dapat. sebab itulah boleh dikatakan semua pengamal nya hidup tak senang, rezki tak masuk.

Friday, January 22, 2010

Bomoh Patah

Guest SALAM. bomoh patah boleh ke
Details 2010-01-20 3:22 AM #

waalaikumussalam.
berkenaan dengan bomoh patah ni, nak bagi hukum boleh ke tak boleh susah jgak. kebanyakkan perawat/bomoh bukannya nak bgtau apa amalan nya. kalau kita nak jd murid nak blaja merawat patah ni pun sangat susah.


pernah juga sy berjumpa dgn bomoh patah ni, dan cuba risik2 la ilmu dia pakai, tp takdenya dia bgtau. tak mengapalah.

secara umumnya, ada tanda2 bomoh patah yg tidak boleh,maksudnya ada kemungkinan dia guna jin. tanda yg paling jelas ialah kalau :

1. dia kata begini : " takpa lah, hang balik dulu. aku buat lah kat sini. mlm ni orang aku datang umah hang, dia tolong buat kat tgn hang la plak.jgn takot noi..."

2. dia amik ayam, pastu patah2kan tulang ayam tu, kemudian ayam tu di bunuh kemudian dia campak blakang rumah dia.

dua tanda ini kalau bomoh tu buat, tandanya kita carilah bomoh lain.

nota: antara perawat patah yg paling mujarab ialah Mok Su Tijoh, pasir puteh kelantan. wallahua'alam masih membantu masyarakat atau sudah kembali ke rahmatullah.

Monday, January 18, 2010

Doa Keampunan

Doa-doa yang di post kan ini adalah ma'thur dan diambil dari kitab shahih yang muktabar.

Friday, January 15, 2010

7 jenis muka

7 jenis muka mayat di dlm kubur...

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.



2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.



4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.



5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.



6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.



7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Monday, January 11, 2010

Doa Keampunan

soal jawab-


GUNA TONGKAT TOK KHATIB?

jali
dikatakan semasa berkhutbah letakkan hujung tongkat khutbah dlm air,adakah perbuatan merendam tongkat itu dibolehkan utk tujuan perubatan?2010-01-07 7:30 AM

berubat menggunakan tongkat khatib boleh, cuma takot tok khatib tak bagi jer.

dalam berubat ni ada satu konsep, dan biasanya tok guru gunakan konsep ini, iaitu lagi berusaha pesakit itu maka lagi mujarab ubat itu.

sebab itu lah kekadang tok guru akan minta sesuatu yg susah nak dpt, supaya keyakinan pesakit bertambah, maka ubat itu mujarab. namun kemujaraban sebenar bukan pada benda itu pun.

dalam kes tongkat khutbah ini pun, pada saya rahsia nya bukan pada tongkat tu tapi sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkannya.

kalau dari sudut lain, air yg paling baik ialah aiz zamzam, maka saya rasa menggunakan air zam-zam lagi baik, atau setidak-tidaknya gunakan air kolah 7 masjid.

NOTA: kaedah penggunaan tongkat khutbah juga digunakan untuk memanggil pencuri untuk pulangkan barang yg dicuri.

Wednesday, January 6, 2010

Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'

Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'

Jimadie Shah Othman
Jan 5, 10
3:04pm
kemaskini 4.13pm Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.

ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.

"Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

"Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.

Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.

Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama.

BICARA IMAM GHAZALI

BICARA IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita

ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).


Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'


Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Tuesday, January 5, 2010

soal jawab

hanif saya tinggal di setiu trg, macamane nak tuntut ilmu dengan ustaz?terutama mengenai ruqyahDetails 2010-01-04 6:29 AM
assalamualaikum, saya sangat mengalu-alu kan kalau kita dapat berkongsi pengalaman. serba sedikit yg sy tahu dan pernah alami mungkin bermanfaat untk anda, dan dah tentu pengalaman anda juga ada manfaatnya utk saya. kita kongsi lah. mengenai rukyah tu, yg perlu anda tahu ialah kaifiat membaca/ mengamalnya.



azizan.ramly
salam ziarah :)Details2010-01-04 4:40 AM
salam ziarah.



shams salam ustaz... ada kursus bakal dibuat?2010-01-04 3:27 AM
maaf ana tak tau kursus terbaru. boleh check kat http://perawat-islam.blogspot.com/. ana tak buat kursus.

Guest kayu kokka ada power ker?????2010-01-02 4:42 Am
kayu kokka mcm kayu biasa jer, kelebihan dan sejarah yg slalu di uar-uar kan tu tidak jelas sanad nya. ia boleh membawa kesyirikan. ramai pesakit gannguan yg dtg minta di rawat mmg pakai kokka pun, tp kena gangguan juga.

Guest apa hukum silat seru???bila perlu dia akan dtg tolong kiteDetails2009-12-31 4:28 AM
siapa yg di seru ? kalau hang tuah, mustahil. sbb beliau dah meninggal. hubungan dengan dunia dah terputus. pada ana, ia menyeru jin. dan jin itu menyamar sebagai pendekar dan org2 hebat. lalu kita terpedaya. itu dah termasuk dlm meminta pertolongan jin dan haram hukumnya secara am.
-kawan2 ana pun byk yg menuntut silat seru ni, tp faedah nya tidak seberapa. lebih baik belajar tajwid ke, tarannum ke, senaman tua, fadilat herba ke, etc.