Saturday, December 31, 2011

Neraka Jahannam

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu
masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok
zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70
hasta mengandungi lautan racun yang hitam
pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan
kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Tuesday, December 20, 2011

Soal Jawab

S: jika tertinggal satu rakaat. hanya sedari selepas salam?

J: jika selepas memberi salam baru teringat ada rakaat yang tertinggal, boleh terus bangun ketika teringat itu walaupun selepas salam.bagun dan solat lah satu rakaat yang tertinggal itu. tetapi mestilah tiada senggang yang lama, dan tidak pula bercakap2. jika diselangi dengan bercakap atau selang masa yang lama, maka tidak boleh. mesti ulangi semula solat itu.


S: benarkah wuduk tidak batal bersentuhan suami isteri?

J: mengikut mazhab syafie seperti diamalkan di Malaysia, batal.


S; baagaimana memohon ampun pada kesalahan sesama manusia tp orang itu sudah tidak ditemui.

J: perlu berazam dalam hati untuk memohon kemaafan bila diizinkan Allah untuk bertemu dengannya.


S: bagaimana dengan ilmu tarikh lahir? adakah

J: harus belajar ilmu tersebut tetapi jgn lah menyakininya atau membelakangkan rukun islam dan rukun iman.