Soalan:
beli rumah/kedai drp non muslim, adakah wajib disamak? trima kasih
19.05.2011 17:35:43
a,kum. sy mohon ust buat artikel dan komen khas mengenai samak bangunan dgn tanah. ramai yg masih keliru samak bgunan kos mencecah ribuan RM. dah ada yg company islam buat bisnes
Jawapan: Tidak perlu samak.
Samak ini hanyalah untuk jika terkena najis mughallazah. dan masa kena itu pun kita lihat dengan jelas. bukan agak2 atau syak. kena pulak dalam keadaan basah. jika kering, tak perlu samak pun. dalam hal ini kaedah "Islam itu mudah" adalah terpakai.
Saya merujuk kepada satu hadis Rasul Saw. bersabda,
Telah dijadikan untukku (dan untuk umatku) bumi
sebagai masjid dan medium penyucian diri
(HR Bukhari dan Muslim melalui Jabir bin Abdullah).
Tafsiran dari hadis di atas ialah semua yg ada di bumi ini ialah suci bersih, sehingga di bolehkan bersolat padanya. kecuali dengan jelas ia bernajis. secara umumnya, semua tempat adalah suci, kecuali yang jelas bernajis.
Namun kalau masih ragu dan tak sedap hati, bolelah di basuh bangunan/tempat itu, tetapi cukup dan memadailah dengan menjirus/membasuh dengan air mutlak sahaja. seperti amalan biasa kita naik rumah baru.
Secara kesimpulannya saya menyatakan:
1. perbuatan samak bangunan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
2. tidak perlu samak pun dan pada saya tidak perlu menyusahkan diri untuk berbelanja besar untuk itu. ada gereja yang saya pernah pergi (di luar negara) yang telah di convert menjadi masjid, dan tidak disamak pun.
3. kalau bangunan perlu di samak, pada hemat saya sebelum kita mkn dikedai pun kita perlu samak juga sudu garfu kat kedai tu, manalah tau pernah diguna oleh bukan islam menyuap makanan ke mulut mereka, sedangkan mereka pernah makan babi?
4. mungkin company yang buat bisnes samak tu, perlu juga menyediakan perkhidmatan samak bagi muallaf yang baru masuk Islam? samak seluruh badan mereka?
Nota: namun begitu perlu kita tahu, bahawa ada sesetengah org yang mengidap penyakit waswas. selagi tak disamak, selagi itu hati dan jiwa dia tak tenteram sehingga menjejaskan kehidupan seharian dan ibadahnya. mungkin company samak tu ditubuhkan untuk memenuhi permintaan mereka mereka ini. Wallaua'alam.
Gambar di atas saya ambil dari laman web Kosmo, menunjukkan aktiviti samak dilakukan.
No comments:
Post a Comment