Friday, June 10, 2011

Tipu Daya Iblis

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas, saya ada berjumpa dengan seorang pesakit gangguan. Dia mendakwa telah disihir. Dan telah mendapat rawatan daripada seorang yang di panggil ustaz.

Beliau sangat teruja dengan ustaz tersebut dan memuji akhlak ustaz tersebut. katanya ustaz itu seorang yang lemah lembut, cakapnya berlapik dan yang paling penting ustaz ini tidak akan memberitahu atau mendedahkan pelaku yang melakukan sihir kepada pesakit walaupun ustaz itu tahu benar siapa yang menyihir, dan apa tujuan sihir itu. Siap boleh bgtau nama si penyihir lagi tu.

Menurut ustaz itu, adalah menjadi pantang larang ilmu nya memberitahu siapakah yang melakukan sihir. begitulah pantanglarang ilmu yang diperolehinya melalui mimpi.

walaubagaimanapun, dek kerana tidak mahu menhampakan pesakit, ustaz itu akan memberitahu iras2 sahaja, hanya memberitahu gambaran kasar sahaja si penyihir.

alasanya, tidak boleh mendedahkan si penyihir demi menjaga ukhuwah, tak mahu terjadi buruk sangka atau pergaduhan. yang penting sembuh, siapa yang buat tu bukan soalnya, tetapi gambaran sipenyihir tetap diberikan demi tidak menghampakan pesakit yang ingin tahu.

maka antara gambaran yg berikan ialah, orang dekat, orang yg dah lama kenal, orang itu ada pakai ilmu, orang itu sama tempat kerja, dan mcm2 lagi.

daripada kenyataan dia atas, komen saya:

1. ustaz itu menampakkan dirinya baik, kerana tidak mendedahkan siapa penyihir.


2. tetapi gambaran kasar diberikan.

3. betulkah dia baik? atau itu adalah tipudaya iblis/syaitan/jin?


4. dengan memberi gambaran umum, itu lebih berbahaya lagi. kerana pesakit akan mula meneka si penyihir. dia akan mula berperasangka kepada puluhan orang. rakan sekerja, adik beradik, jiran, musuh lama dan ramai lg laa.


5. betul ke dia boleh tahu siapa penyihir tu? dan bole bgtau nama sekali? boleh jadi dia menggunakan jin untuk megetahui hal itu?


6. ataupun dia taktahu pun, tapi untuk menunjuk dirinya adalah bomoh hebat, dia akan berlagak tahu, dan mula temberang kepada pesakit dengan pelbagai gambaran yang bersifat umum.


wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment