Wednesday, June 8, 2011

Soalan. Pesakit mengamuk

S: su fi Salam.Ustaz.nk tanya bagaimana cara nak berhentikan pesakit yang mengamuk akibat daripada bacaan ruqyah ke atasnya? apa yg perlu dibaca untuk menenangkannya. 07.06.2011 20:26:5

J: Semasa melakukan rawatan mcm2 kemungkinan boleh berlaku, pesakit pensan, muntah, meraung sekuat hati dan meronta2. Adakalanya juga keadaan jadi tidak terkawal kerana perawat seorang diri, atau pengiring pesakit tu kanak2/perempuan yang tidak sangat membantu untuk pegang pesakit.



Untuk hadapi perkara ini:


1. pesakit yang mengamuk perlu dipegang untuk mengawal pergerakannya. kerana kita tidak mahu dia mengamuk/meronta sehingga mencederakan dirinya atau merosakkan/memudaratkan.

2. untuk pesakit yang kita dah boleh agak dia akan mengamuk, perlu lah ada bersama pembantu. atau sekurang2nya pengiring pesakit itu.

3. perlu juga kita bersedia untuk mengikat pesakit jika berlaku keadaan yang tidak terkawal. sediakanlah beberapa utas tali untuk ikat tangan dan kaki nya. tali tu hendaklah tali jenis yang lembut. gunakanlah potongan kain.

4. jika kemampuan kita tidak cukup, jgn merawat 2-3 pesakit sekaligus. asingkan dulu mereka. kerana dikhuatiri gangguan itu akan berjangkit, bila keadaan itu berlaku, jin akan merasa kuat dan situasi akan lebih rumit.

5. pesakit gangguan akan terkesan dengan bacaan kita. dia akan menunjukkan reaksi menangis, sedih atau mengamuk. teruskan bacaan, sehingga keadaan reda atau jin keluar dari pesakit.

6. pesakit yang kerasukan tersebut mungkin akan berlarutan ( ada yang beberapa minit, ada juga sehingga berjam2). perlu diketahui bahawa, ada ketika kita perlu membiarkan keadaan itu. dia akan berhenti sendiri bila penat nanti. dia akan baik sendiri bila dia semakin melemah. berikannya masa untuk keluar sendiri.

Amat perlu kita ketahui juga bahawa jin adalah makhluk yang mempunyai perasaan, Pesanan Rasulullah SAW, kita hendaklah berbuat kebaikan kepada mereka yang membuat kejahatan kepada kita. cubalah dengan kaedah berlembut dahulu dengan mereka, sebelum menggunakan kekerasan. kalau elok bacaan kita, insyaallah elok juga lah keluarnya gangguan itu.

Allah berfirman (yang artinya), “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Fushshilat: 34-36).

satu amalan yg boleh di cuba bila pesakit mengamuk ialah dengan membaca kaf ha ya ain shod, sambil menggenggam jari bermula dari jari anak paling hujung. untuk maksud pesakit tidak mengamuk dan tidak meronta. dipanggil juga cara ini sebagai kaedah kunci. setelah keadaan reda baca ha mim ain sin qaf sambil membuka genggaman tangan bermula dengan ibu jari.

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment