Friday, June 3, 2011

Soal Jawab limau dan qunut


S : zrt sering kali tokmoh mnta limau.apa hukum dn apa guna .0514:20

J : ada beberapa kegunaan limau dalam pengubatan. biasanya tok bomoh akan minta limau untuk di potong. ada bbrp tujuan. ada yg boleh dan ada yg tidak boleh. saya bawakan 2 contoh.

1. pertama, bomoh akan iktiqad limau itu adalah penyakit, dan dia akan potong dengan niat dan qasad serta simbolik ia memotong penyakit. ini tidak mengapa.

2. tok bomoh akan potong limau, dan dia akan lihat bahagian limau yg di potong itu jatuh terlungkup atau melintang. dalam ilmu dia, jika terlungkup penyakit akan sembuh, jika melintang penyakit tidak akan sembuh. yg ini tidak boleh, kerana termasuk perbuatan meramal dan haram hukumnya.

kaedah ini sama seperti arab jahiliah dahulu kala, pernah seorang bernama Suraqoh pada zaman jahiliah, ingin membunuh nabi. setiap kali dia ingin membunuh Nabi dia akan mencabut anak panahnya, jika dapat yang panjang beerti dia akan berjaya, jika dapat yg pendek dia akan gagal. Namun Suraqoh tidak pernah berjaya membunuh Nabi pun.



S : amirz
saya ke Perlis dan qunut tidak di baca di masjid, perlukah saya tinggalkan atau batal jika tidak ikut imam? 22.05.12:24:20


J : Kalau ikut imam itu pun boleh, tanpa kita qunut. Imam Shafei juga pernah solat tanpa qunut sebagai menghormati (ihtiram) masyarakat setempat. tapi jika kita qunut cepat2 pun tidak mengapa, maksudnya semasa imam dan jemaah lain sedang turun untuk sujud kita qunut la (walaupun imam tidak qunut), macam tu pun solat masih sah.

No comments:

Post a Comment