Ada orang mendakwa panggilannya dijawab. Maksud saya, apabila dia memanggil roh seseorang, roh itu akan menjawabnya. Apabila panggilan itu sudah dijawab, maka berlakulah komunikasi 2 hala antara roh orang yang sudah mati itu dengan orang yang masih hidup itu (ustaz/bomoh).
Antara roh yang biasa dipanggil ialah roh wali2 Allah, roh Abdul Qadir Jailani, roh khalifah tarekat, roh moyang, roh Panglima Hang Tuah, dan juga roh Puteri Penjaga Gunung.
Roh yang dipanggil ini akan membantu ustaz/bomoh untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan mengajarkan ilmu tertentu. Dan roh tersebut membantu dengan ikhlas kerana Allah Taala. Dan dek kerana roh itu roh orang yang mulia, maka si pemanggil hendaklah memulakan dengan selawat dan dalam keadaan berwuduk.
Orang yang mendakwa boleh memanggl roh ini, menyatakan dakwaannya itu dengan penuh yakin dan bersungguh. Beliau bangga dengan kelebihan yang Allah berikan kepadanya, sekalipun bersalahan dengan hadis berikut:
Dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Nabi SAW telah memerintahkan supaya orang-orang musyrik yang mati dalam peperangan Badar dicampakkan ke dalam perigi. Setelah itu Nabi SAW memanggil nama-nama mereka satu persatu: “Wahai fulan bin fulan,adakah kamu telah menemui apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu itu betul.”
Kemudian Nabi SAW berkata kepada sahabat: “Demi Tuhan yang membangkitkan aku dengan sebenarnya, bukan kamu sahaja yang mendengar apa yang aku katakan kepada mereka, mereka juga adalah mendengarnya, Cuma mereka itu tidak dapat menjawabnya.”
Nabi Muhammad sendiri yang bertanya pun roh tidak dapat menjawab. Walhal, tentulah Rasulullah SAW lah yang mempunyai deria kerohanian yang paling hebat.Takkan pula ustaz/bomoh itu panggil, roh menjawab pula?
Dakwaan itu juga bersalahan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminun 100:
لَعَلِّى أَعْمَلُ صَـلِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَا وَمِن وَرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
(berkata roh) Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di belakang mereka ada barzakh (penghalang) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Kesimpulan
1. Orang telah mati, maka terputuslah connection dengan dunia, kecuali beberapa perkara yang Allah izinkan.
2. Roh simati tidak boleh pulang ke dunia walau dia merayu bagaimana sekalipun. Allah telah menetapkan barzakh bagi mereka, iatu penghalang yang menghalang dari simati masuk ke dunia kita, atau kita masuk ke dunia simati.
3. Dakwaan arwah syeikh2 tertentu datang membantu perawatan atau mengajarkan silat adalah palsu semata2 dan merupakan tipudaya makhluk halus. Begitulah juga dakwaan arwah orang2 alim datang mengajarkan ilmu perubatan dan datang memberitahu ramuan ubat kepada perawat.
Alhamdulillah.... Perlu disedarkan akan ramai Perawat/Bomoh/Ustaz yg sedang tersesat.. Na'uzubillah..
ReplyDelete