S: jika tertinggal satu rakaat. hanya sedari selepas salam?
J: jika selepas memberi salam baru teringat ada rakaat yang tertinggal, boleh terus bangun ketika teringat itu walaupun selepas salam.bagun dan solat lah satu rakaat yang tertinggal itu. tetapi mestilah tiada senggang yang lama, dan tidak pula bercakap2. jika diselangi dengan bercakap atau selang masa yang lama, maka tidak boleh. mesti ulangi semula solat itu.
S: benarkah wuduk tidak batal bersentuhan suami isteri?
J: mengikut mazhab syafie seperti diamalkan di Malaysia, batal.
S; baagaimana memohon ampun pada kesalahan sesama manusia tp orang itu sudah tidak ditemui.
J: perlu berazam dalam hati untuk memohon kemaafan bila diizinkan Allah untuk bertemu dengannya.
S: bagaimana dengan ilmu tarikh lahir? adakah
J: harus belajar ilmu tersebut tetapi jgn lah menyakininya atau membelakangkan rukun islam dan rukun iman.
Tuesday, December 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment