Monday, November 21, 2011

Soal Jawab

S: Assalamuailaikum... boleh ke memakai pendinding diri dan bukannya tangkal

J: Bacaan ayat2 tertentu merupakan pendinding ataupun kubu diri kita dari gangguang jahat jin. Rasulullah juga mengamalkan bacaan sblm tidur yang ditiup ke tapak tgn kemudian disapu ke badan. Amalan pendinding adalah tidak salah dan tsabit dari sunnah. Adapun tangkal itu maka haram hukumnya.


S: benarkah bacaan Yasin pada mlm jumaat itu bidaah?


J: Tidak. tp jgn hadkan kepada yasin, surah2 lain pun boleh juga di baca. yang salah ialah jika kita mengatakan mlm jumaat hanya utk yasin, surah lain x boleh. ataupun kita kata Rasulullah hanya membaca surah Yasin pada mlm jumaat dan tidak membaca surah2 lain.


Rasulullah membaca yasin, alwaqiah dan almulk pada setiap hari.


S: ......apakah relevan nya ulama mengharamkan tangkal sedangkan ia tidak memudaratkan, bahkan ada kebaikan......


J: bukan ulama yg haramkan, mmg Allah yg haramkan. banyak hadis yang menunjukkan keharamannya, tp utk kali ini cukup la sy menyebutkan hanya 1 sebab.

iaitu perbuatan tangkal itu menyerupai amalan dalam agama lain. sebab itu ia diharamkan.

tentu anda pernah tgk penganut hindu mengikat tali di leher anak mereka (dan d tangan juga). maka kalau kita juga mengikat anak kita maka kita telah menyerupai amalan mereka. Hadis Rasulullah menerangkan, jika kita menyerupai sst kaum, maka kita adalah termasuk kaum itu juga.


Wallahuallam..

1 comment:

  1. Asalammualaikum Ustaz..
    saya ada masalah anak yang susah untuk menerima pelajaran. anak saya berumur 12 tahun dan masih lagi belum dapat membaca,mengeja,mengira dan menulis. hal ini kerana anak saya tidak mahu pergi tadika dan sekolah hinggalah berumur 11 tahun. walaupun sudah hantar ke sekolah pendidikan khas,namun anak saya masih belum lagi boleh belajar kemahiran 4M. saya hendak tahu adakah anak saya tergolong dalam kategori bebal? apakah cara yang boleh saya lakukan untuk memudahkan anak saya boleh belajar dan apakah doa-doa yang boleh saya amalkan untuk anak saya. tolong lah ustaz...

    ReplyDelete