Monday, September 5, 2011

S: Solat sunat Magrib


S: Maaf ust ingin bertanya lagi lanjutan soalan solat sunat saya yang terdahulu. Adakah ada solat sunat yang dilalukan sebelum Maghrib


J: Memang ada solat sunat sebelum solat fardhu magrib. Cuma solat sunat itu bukan muakkad (dituntut), ia adalah ghairulmuakkad (yang tidak dituntut sangat).

Rasulullah s.a.w menyebut: “Di antara azan dan iqamah, ada sembahyang bagi sesiapa yang ingin melakukannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari hadis ini, jelas adanya solat sunat tersebut, dan tidak wajar kita meninggalkannya.

2 comments:

  1. assalamualaikum ustaz!
    saya sebenarnya tak suka me lambat2 kan salat,sambil kerja2 didapur saya dengar radio,sering nya selepas azan dilaungkan di radio diikuti dengan bacaan ayat2 sucuALQURAN atau tazkirah.
    Kalau saya dengar nya berarti saya terpaksa menunda dulu salat nya,cam mana baik nya Ustaz?terima kasih..

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum ustadz, Sunat Maghrib, fahaman saya sememangnya ada solat sunat dan saya mengerjakan sebelum azan selepas mengambil wuduk, saya mengerjakan sunat wuduk dan tahyattul masjid....nak tanya! selepas azan, adakan sunat sebelum maghrib !!

    ReplyDelete