Beberapa hari lepas saya ada membaca tulisan seorang perawat Islam di sebuah blog. Cantik blog nya, ringkas dan tidak menyemak. Banyak informasi Islam dan saya yakin ramai pengunjung yang menggemari blog ini.
Antara catatan yang di post ialah pengalaman beliau merawat. Ada juga faedah pengalaman sebegitu di post kan kerana dengan olahan yang baik, pembaca akan memperoleh manfaat.
Saya juga pernah membaca beberapa blog lain, yang pada saya ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. iaitu berkenaan KERAHSIAAN PESAKIT.
Sabda Rasulullah:
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat."
Daripada hadis ini, tahu lah kita bahawa menjaga aib seseorang itu adalah sesuatu yang dituntut. Dan aib itu sendiri, merangkumi beberpa kategori.
Antara beberapa perkara KERAHSIAAN PESAKIT yang perlu diambilkira oleh perawat Islam dalam keghairahan menulis di blog masing-masing ialah:
"Jangan menyatakan nama secara spesifik. Tidak kira lah nama orang ataupun nama tempat. Mungkin sekalipun perawat itu merasa bangga dapat merawat seseorang itu, jangan sesekali menyebut namanya."
Sebagai contoh, saya ada membaca tulisan seorang perawat yang telah merawat gangguan di Sek. Men.. X. (bukan nama sebenar, iaitu sebuah sekolah berasrama penuh).
Diceritakanlah keadaan amukan pelajar, puluhan bahkan ratusan ekor jin telah menetap di bangunan itu, dinyatakan juga sejumlah guru nya yg juga kerasukan dan ada juga yang menggambarkan keadaan jin yg bertanduk dan sebagainya.
Kesan buruk dari penulisan tersebut ialah, persepsi masyarakat kepada sekolah tersebut akan tergugat. Tentu ibubapa tidak mahu menghantar anak ke sekolah sebegitu. Apatah lagi guru juga kena rasuk. Tentu guru2 di sekolah lain pula akan merisik khabar, siapakah rakan guru mereka yg kena rasuk itu. Reputasi pencapaian juga boleh jadi merudum.
Saya pasti guru2 di sekolah itu pun tidak mahu ia dihebah2kan kejadian yang berlaku disekolah mereka.
Saya yakin banyak lagi kesan negatif nya. Sebab itulah kita diminta menutup aib orang lain. Mungkin perawat yg menulis itu akan berkata "apa salahnya? saya menulis perkara yg benar2 berlaku dan saya tidak menipu. salah ke bercakap tentang perkara benar?."
Ya, memang perkara itu benar berlaku, tapi ia masih tertakluk kepada Hadis yg saya nyatakan di atas tadi. Hadis ini memang menepati kepada perawat, kerana menjaga aib digabungkan sekali dengan melepaskan kesusahan seseorang. Sesudah elok merawat, jangan pula membuka aibnya.
Akhirnya peranan sekolah dan guru dalam melaksanakan aktiviti pendidikan akan terganggu. Diganggu oleh Perawat.
Wednesday, September 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment