guest: AKum, bolehker mengambil wuduk dengan sempurna dalam masa yg sama dikatakan makruh jika berkumur?
J: Boleh berwuduk dengan sempurna. maksudnya dengan melakukan semua sunat2nya. yang dikatakan makruh itu ialah apabila berlebihan memasukkan air atau terlalu menjolok dengan jari.
Jika wuduk diambil dengan betul, maka ia tidak akan sampai ke tahap yg makruh tersebut.
guest: Bagaimana dengan solat tarawih sambil duduk dan tidak dalam saf?
J: Solat sunat dibolehkan dengan terus duduk walau berkeupayaan untuk berdiri. Kedudukan dalam saf juga bukan tuntutan yg rigid kerana konsep tarawih itu ialah solat santai dan kadang2 kita bersama anak kecil maka kita bersolat dibelakang sedikit dari saf utama.
Monday, August 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment