Friday, August 5, 2011

Soal jawab

anjung: apa pendapat syeikh memindahkan penyakit ke kambing? Perkara ini memenag bernar belaku di tempat saya 29-07-11 11:02

J: Pengubatan dengan cara memindahkan penyakit ke telur atau ke haiwan memang perlu dipertikaikan. Kerana kaedah ini menimbulkan beberapa persoalan:


1. Boleh jadi ianya silap mata sahaja, dengan cara sesuatu telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam telur itu. Banyak cerita mengatakan perawat hanya menggunakan telur perawat sendiri, dan tidak boleh guna telur yang dibawa oleh pesakit. Kononnya telur perawat itu telah didoakan dan telah dimasukkan energi positif padanya, sehingga mampu menarik penyakit.

2. Benarkah dukun itu telah memindahkan penyakit? Pada saya takmungkin dia sendiri yg pindahkan. Sy yakin itu bukan kemampuan dia. Mesti ada pertolongan. Adakah terdapat pengaruh sihir? Kenapa tidak? Perbuatan itu diluar kemampuan biasa manusia.

3. Boleh dikatakan semua yang mengamalkan kaedah ini, adalah golongan yg sangat dipertikaikan akidahnya. Tidak pernah kita dengar ia dipraktikkan oleh Tok Guru Pondok, oleh ulama, atau oleh mana2 perawat islam yang masyru'.

4. Kalaupun ada orang mendakwa, beliau telah diberi "keizinan" dari Allah untuk mampu melakukan itu, pada sy itupun masih mengarut. Bukankan kambing itu haiwan ciptaan Allah. Kenapa perlu dizalimi sehingga kita memindahkan santau ke kambing itu?

Lihat beberapa hadis Rasulullah SAW:

Pernah suatu ketika,Rasullah melihat sekumpulan orang menjadikan haiwan (burung) sebagai sasaran anak panah.Maka baginda bersabda yang bermaksud, “Allah mengutuk orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai sasaran.” (MUTTAFAQ ALAIH)"

Baginda pernah menegur seorang sahabat yang mengambil anak burung dari sarangnya dan baginda melihat sang ibu terbang ke sana sini mencari anaknya yang hilang.Banginda bersabda yang bermaksud,”Siapa yang menyakiti haiwan ini dengan mengambil anaknya?Kembalikanlah ke tempatnya.” (RIWAYAT ABU DAUD)

“Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing dikurungnya sehingga mati.Dia masuk neraka kerana tidak memberi haiwan itu makan dan minum ketika dikurung dan dia juga tidak membiarkan kucing itu makan serangga (atau haiwan kecil lain yang berada sekitarnya).”(RIWAYAT BUKHARI)

Elakkanlah dari kaedah sebegitu. Lebih teruk lagi apabila kambing itu hendaklah dibunuh. Kononnya supaya si kambing tidak menderita. Juga tidak boleh dimakan dagingnya, takut penyakit berpindah semula ke manusia.

Akhirnya kambing dibunuh, diletakkan di suatu tempat sebagai hidangan kepada makhluk halus. Begitulah tersebarnya tipudaya Iblis untuk mensyirikkan manusia.

Wallahual'lam.

No comments:

Post a Comment