Wednesday, July 6, 2011

Persoalan solat tasbih


Saya ada dengar ceramah kat masjid, jika kita buat tasbeh di siang hari kita kena buat 4 rakaat dengan 1 salam tanpa tahiyat awal untuk membezakan dengan solat fardu.
Mohon pencerahan Ustaz.

Asslamualaikum,

Solat sunat tasbih boleh dibuat siang atau malam. Kecuali waktu2 yang diharamkan bersolat. Sering dilakukan pada malam kerana sudah menjadi kebiasaan solat ini dibuat pada malam bulan puasa. Tapi hakikatnya, siang boleh malam pun boleh.

Bagi solat sunat, memang tiada tahiyat awal. Yang ada hanya tahiyat akhir. sekalipun solat sunat itu melebihi 2 rakaat.

Contohnya solat sunat witir yang dilakukan secara 3 rakaat. Hanya ada tahiyat pada rakaat akhir sahaja, tiada tahiyat awal pada rakaat ke-2 sebagaimana solat Maghrib.

Begitulah juga solat sunat yang dibuat 4 rakaat terus, yang ada hanya tahiyat pada rakaat terkhir.

Solat ini boleh dilakukan secara terus 4 rakaat (dalam b.Arab dipanggil washal) atau dibuat 2 kemudian 2 lagi ( dipanggil fashal).

Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya Fatawa Kubra al-Fiqhiyah, kedua cara tersebut ada diterangkan di dalam hadis.


Oleh yang demikian, harus melakukan kedua cara tersebut (2x2 atau 4 terus), akan tetapi Imam Ghazali mengatakan dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin, jika dibuat di waktu siang, buatlah dengan empat rakaat dengan satu salam, dan jika dibuat di waktu malam buatlah dengan 2 rakaat dan 2 rakaat..


Saranan Imam Ghazali ini adalah bersandarkan sabda Rasulullah SAW apabila Baginda ditanya tentang bagaimana sembahyang malam, Baginda pun menjawab:

Maksudnya
:
“Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat.”

(Hadis Imam Ahmad)

Sekian, Wallua'lam bissowab.

No comments:

Post a Comment