Thursday, July 28, 2011

guest: apakah hukum air yang dikatakan arak halal? istak barbican bavaria19-07-11 14:14

anda mesti berpegang bahawa setiap benda itu adalah halal, sehingga lah ada sesuatu yang mengharamkannya.

Dan mesti kita faham bahawa, tiada tanda Halal oleh Jakim bukanlah beerti benda itu haram. Jika anda beli baju, tiada tanda halal pun pada baju itu. Adakah baju itu haram? mungkin baju itu dibuat dari bulu babi?

Begitu juga dengan minuman ini, semua adalah halal kecuali kita tahu bahawa ada campuran arak. Tapi benarkah ada? Atau itu hanya tohmahan pesaing dalam perniagaan mereka?

Walaupun begitu, tidak salah kita berhati-hati (ihtiyaati). Maksudnya kita mengaggap sesuatu itu haram hanya kerana kita meraguinya. Tapi jgn lah Ihtiyaati keterlaluan. Jika keterlaluan maka itu juga sebahagian dari penyakit was-was.



guest: bagaimana pula dgn ferfume beralkohol?26-07-11 8:02

arak mengandungi alkohol, tapi alkohol itu sendiri bukan lah arak. ia adalah salah satu elemen yang ada dalam arak. tidak semestinya alkohol itu diambil dari arak, ada lagi sumber lain.

Jika alkohol diambil dari ekstrak arak, maka ia juga sebahagian dari arak. tapi tidak mungkin pengusaha perfume ambil alkohol dari arak, kerana kos nya yang tinggi. mereka ambil dari buah-buahan, maka ia halal.

Tuesday, July 19, 2011

soalan adakah kena sihir

saya nak minta pandangan ustaz ,mcm mane kita nak tahu samada kita dah terkene sihir ke tidak??dan kalau saya nak berubat untuk suami saya tanpa kehadiran dia bleh x?? wassalam

Assalamualaikum,

Sama ada kita kena sihir atau tidak bergantung kepada apa yang kita alami. Tidak boleh kita menentukan tanda2 kena sihir, kemudian kita mula mensesuaikan tanda tersebut pada diri kita. itu cara yang tidak tepat. Kerana kita seolah mencari2 tanda tersebut dlm diri kita, sehinggakan keadaan biasa pada diri kita pun akan dianggap tanda sihir.

Yang lebih baik ialah, dengan meneliti apa yg kita alami dahulu. Adakah perkara2 yang aneh berlaku? Adakah kita pernah alami mimpi yang berulang2? Adakah kita sakit, tp diagnos doktor mengatakan kita sihat? Jika ada sesuatu yang aneh, maka ada kemungkinan ada pengaruh gangguan makhluk halus. Tapi itupun masih terlalu kabur untuk menentukan kena sihir atau tidak.

Secara umumnya org yang terkena gangguan/sihir akan mengalami sesuatu yang tidak biasa dialaminya.

Contohnya:


1. Mimpi berulang. Mimpi itu mungkin mimpi jatuh, berjumpa seseorang, sesuatu menakutkan, menyusukan budak kecil atau di suatu tempat yang asing.
2. Sakit yang tidak dapat dikenalpasti oleh doktor hospital
3. Sakit pada badan yang beralih2 tempatnya
4. Perasaan terganggu
5. Reaksi apabila mendengar ayat2/doa
6. Dan byk lagi, setiap satu berbeza bagi setiap orang, tapi asasnya sama, iaitu mengalami sesuatu yang tidak pernah dialami.

Jika keadaan seperti biasa saja, tiada yg aneh pun, maka comfirm tiada gangguan/sihir dan tidak perlu risau. Mungkin perasaan kita sahaja yang berprasangka kita disihir.


Boleh juga berubat tanpa kehadiran, maksudnya secara wakil ataupun dengan memberi maklumat orang yang perlu didoakan dan didoakan secara jauh.
Wassalam.

Wednesday, July 6, 2011

Persoalan solat tasbih


Saya ada dengar ceramah kat masjid, jika kita buat tasbeh di siang hari kita kena buat 4 rakaat dengan 1 salam tanpa tahiyat awal untuk membezakan dengan solat fardu.
Mohon pencerahan Ustaz.

Asslamualaikum,

Solat sunat tasbih boleh dibuat siang atau malam. Kecuali waktu2 yang diharamkan bersolat. Sering dilakukan pada malam kerana sudah menjadi kebiasaan solat ini dibuat pada malam bulan puasa. Tapi hakikatnya, siang boleh malam pun boleh.

Bagi solat sunat, memang tiada tahiyat awal. Yang ada hanya tahiyat akhir. sekalipun solat sunat itu melebihi 2 rakaat.

Contohnya solat sunat witir yang dilakukan secara 3 rakaat. Hanya ada tahiyat pada rakaat akhir sahaja, tiada tahiyat awal pada rakaat ke-2 sebagaimana solat Maghrib.

Begitulah juga solat sunat yang dibuat 4 rakaat terus, yang ada hanya tahiyat pada rakaat terkhir.

Solat ini boleh dilakukan secara terus 4 rakaat (dalam b.Arab dipanggil washal) atau dibuat 2 kemudian 2 lagi ( dipanggil fashal).

Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya Fatawa Kubra al-Fiqhiyah, kedua cara tersebut ada diterangkan di dalam hadis.


Oleh yang demikian, harus melakukan kedua cara tersebut (2x2 atau 4 terus), akan tetapi Imam Ghazali mengatakan dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin, jika dibuat di waktu siang, buatlah dengan empat rakaat dengan satu salam, dan jika dibuat di waktu malam buatlah dengan 2 rakaat dan 2 rakaat..


Saranan Imam Ghazali ini adalah bersandarkan sabda Rasulullah SAW apabila Baginda ditanya tentang bagaimana sembahyang malam, Baginda pun menjawab:

Maksudnya
:
“Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat.”

(Hadis Imam Ahmad)

Sekian, Wallua'lam bissowab.