Thursday, April 1, 2010

tengok / tilik?

Guest boleh ust tgk dari jauh mak sy yang sedang sakit kat ipoh
Details
2010-03-31 5AM
tak boleh.



.............................................................................



tengok/tilik:
sering kali pesakit akan minta perawat tengok, sesetengah orang menyebut tilik.

sebenarnya tilik ini tidak berlaku, apalagi jika secara jarak jauh. perawat islam bukannya bomoh.

biasanya org yg boleh tilik ini dia guna jin, jin itu lah yg tolong p tengok dan habaq kat dia.

ingatan saya pada semua, perkara yg menghampiri syirik hendaklah kita jauhi.

4 comments:

  1. Salam, ade juga yg tengok[scann] (telek ini merujuk kpd perSoalan)juga yg menengok[lihat/syahadah/saksi] gunekan gerakHati dan MataHati. Sbb ilmu Allah tu MahaLuas.

    "Manusia akan memusuhi apa yg dia jahilkan..."

    Maaf sekadar pandangan shj

    ReplyDelete
  2. akum syeikh,

    lebih baik memusuhi kejahilan daripada bersahabat dengan kejahilan.

    sabda nabi "tinggal yg ragu2, dan berpegang pada keyakinan"

    gerakhati, matahati atau apapun yg berbentuk ilham masih banyak ruang untuk berlaku tipudaya syaitan.

    syeikh abd qadir jailani sendiri pernah mendapat ilham yg jali, tetapi beliau menghalau ilham itu.

    barsisa sendiri berhadapan dengan seorang abid yg alim, (syaitan yg menyamar) dan dia terpedaya. kalau yg jelas pada pandangan mata pun barsisa boleh terpedaya, bayangkan kalau yang dikatakan sebagai gerak hati ?

    pandangan saudara ini cukup bahaya, pandangan saudara boleh melahirkan satu amalan khurafat.

    sebagai contoh silat yang berdasar kepada gerak ilham. adakah anda ingat ini adalah dari sebahagian ilmu allah yg maha luas?

    gerak hati yg benar adalah sesuatu yg sangat seni, dan hanya berlaku pada sesetengah orang. dan ia adalah sesuatu yg amat tinggi.

    "bercakap tentang sesuatu yg MahaLuas menampakkan kedangkalan akal seseorang hamba"

    maaf sekadar pandangan sahaja..

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum ustaz kelate, saudara berada hampir dengan tokoh terkenal Almarhum Muhammad Yusuf bin Ahmad sila ustaz kaji cerita dan persoalan perihal perkara ghaib melalui riwayat beliau.

    "Manusia akan memusuhi apa yg dia jahilkan..."

    maksud ayat diatas perlu difahami betul2

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Ayat Al Quran di bawah ini boleh menjadi sebahagian rujukan kita.

    Firman Allah:
    "Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (Surah An-Naml; Ayat 40)

    Bukan kah ilmu Allah itu Maha Luas? Jika ada sesuatu yang Jin boleh lakukan, dengan Ilmu daripada Al-Quran pun kita dapat melakukan dengan lebih baik. Kenapa kita perlu mengagungkan Jin dengan mengatakan dengan andaian Jin tu hebat sehingga boleh 'menengok', sedangkan ilmu Allah lebih hebat? Dengan mengkaji ilmu daripada Al-Quran pun kita mungkin boleh menjumpai ilmu 'menengok' yang lebih hebat. Bukankah Ilmu Allah itu Maha Luas?
    Jika kita sempitkan pemikiran kita dalam mencari ilmu, bukan kah kita telah mengingkari tuntutan kewajipan mencari Ilmu?
    Umpama kita meletakkan batas terhadap Ilmu Allah. Apa yang perlu kita jaga adalah Akidah kita agar tetap mengesakan Allah. Jika kita perpegang kepada yang ini, kita tidak akan tersesat.

    Sekadar pandangan sahaja...

    ReplyDelete