s: pada rakaat akhir imam keliru jumlah rakaat dan menmbah rakaatnya, menjadi 5 rakaat. perlukah kita ikutnya?
pertama sekali tegur dahulu dengan subhanallah.anda mesti konfirm imam tu salah baru tegur.
kedua boleh samada anda ikut imam itu.
ketiga anda boleh teruskan tahiyat, dan tunggu imam tadi selesaikan rakaatnya lalu anda salam bersama2 imam.
jangan sesekali anda mufaraqah kerana anda akan rugi kerana jemaah anda tidak sah.
andai imam sujud sahwi, maka anda sebagai makmun pun boleh juga sujud sahwi.
.........
s: boleh kah merawat guna bahan dari khinzir jika tiada pilihan?
jika benar2 tiada bahan lain, maka boleh guna bahan dari khinzir itu. kerana mudarat. umpama kita sesat di suatu tempat, dan hanya ada khinzir utk d makan, maka boleh makan. begitu juga dalam perawatan.
............
s: betulkah kalu org saka susah nk mati kena bukak atap?
buka atap dengan ajal seseorang hanyalah kebetulan shj. ajal itu ketentuan Allah, dan ia tidak bergantung pada atap. firman Allah, apabila telah sampai ajal, pasti tidak dapat diawalkan atau dilewatkan walau sedetik sekalipun.
amalan dahulukala dengan membuka atap itu boleh memesongkan iktiqad muslim.walaupun byk sekali kejadian, apabila dibuka atap, memang besoknya pesakit itu akan mati, tp itu hanya kebetulan. ingatlah bahawa tipudaya syaitan itu sangat halus dan mungkin telah meresapi aqidah kita tanpa kita sedari.
Monday, April 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment