Monday, August 26, 2013

Hukum qada dan puasa enam syawal serentak



Berikut ialah artikel oleh Profesor Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan penerima anugerah maulidurrasul kebangsaan 2011.


Soalan

4. Bolehkah diniatkan serentak antara puasa qada dan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal? - Bashir, Segambut, Kuala Lumpur.


Jawapan:

Menjawab soalan terakhir iaitu bolehkah diniatkan serentak antara puasa qada dan sunat enam hari dalam bulan Syawal? Saya perturunkan di sini terjemahan fatwa Syeikh Atiyyah Saqar, Pengerusi Majlis Fatwa, al-Azhar, Mesir, katanya: Harus bagi mereka yang menanggung qada puasa Ramadan berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, tetapi niatnya hendaklah qada. Jika diniat dan dilakukan berasingan, nescaya lebih afdal, iaitu qada dan sunat pada hari-hari yang terpisah.

Katanya lagi: Ulama Syafie berpendapat pahala puasa sunat Syawal diperoleh secara automatik, apabila seseorang melakukan qada puasa dalam bulan Syawal, sama ada dia niat atau tidak diniatkan puasa sunat itu.
Dalam al-Syarqawi ala al-Tahrir 1/127, sebuah kitab dalam mazhab Syafie menyatakan: Jika seseorang berpuasa qada, nazar atau apa jua puasa dalam bulan Syawal, nescaya berhasil pahala puasa enam hari dalam bulan Syawal kerana yang dikehendaki hanya berpuasa dalam bulan itu sahaja.
Pendapat ini bertepatan dengan hadis Abu Ayyub yang menyatakan kelebihan puasa enam hari dalam bulan Syawal itu tidak mengenakan sebarang syarat tambahan. Hadis hanya menyebutkan yang maksudnya: Sesiapa berpuasa enam hari dalam bulan Syawal...
Oleh itu wajar dikekalkan atas keterangan yang mutlak dan bebas supaya apa jua puasa yang terkena dalam bulan Syawal, dikira memenuhi kehendak puasa enam hari dalam bulan itu.



Wassalam.

Friday, July 12, 2013

Ilmu Pergi Berperang

Assalamualaikum

Saya berpeluang bertemu dengan seorang warga Filipina yang lama menetap di Sabah. Tidak mempunyai Kad Pengenalan. Memang seorang warga asing tetapi telah tinggal di Sabah sejak puluhan tahun dahulu lagi.

Orang ini sudah berusia dan masih sihat dan kuat. Handal dalam ilmu silat dan mengubat dengan cara yang yang tidak benar.

Sempat saya bertanya ttg ilmu perang org Filipina (maksudnya ilmu yang diamalkan oleh masyarakat Islam selatan Filipina).

Lalu beliau menunjukan satu ilmu. Saya tahu ilmu itu dipanggil Kaf 40. Beliau memanggilnya dengan nama lain. Menurut nya ilmu ini telah lama diamalkan di kalimantan dan selatan Filipina.

Inilah ilmu nya itu. Catatan tangan yang ditulis pada tahun 70an.


Bagaimana ilmu ini digunakan?

Dalam satu peperangan, seorang ketua org alim akan membuat pilihan siapa yang boleh ikut dlm peperangan tersebut. Semua tentera mengamalkan ilmu ini. Orang alim tadi akan membacakan satu mentera lain. Seperti di bawah ini. 




Hanya tentera yang mendengar mentera yang dibacakan sahaja yang boleh ikut pergi berperang. Dalam ramai2 tentera itu, bukan semua boleh dengar mentera yang dilaungkan itu.

Menurutnya, pegi 10 balik pun 10. Maksudnya tentera yg pergi pasti akan selamat pulang.

Ada beberapa lagi kegunaan yang beliau bgitahu saya. dan kebanyakannya adalah untuk tujuan yang amat salah.

Patutlah guru saya dahulu pernah pernah kata "jangan dok amai ilmu nih"

Wassalam.

Friday, April 12, 2013

Allah yang menentukan

Assalamualaikum,

Saya melihat2 ke beberapa blog berkaitan rawatan Islam. Dalam satu blog yg saya temui, tertulis di sana moto perubatan Islam. Yakni moto atau falsafah kepada perawat tersebut.

Moto beliau ialah "Bukan ikhtiar kita , tetapi ikhtiar Allah"

Moto tersebut, pada sy adalah agak pelik. Apa maksud ikhtiar Allah? Allah berikhtiar mencari kesembuhan? Ikhtiar itu milik hamba. Allah tidak berikhtiar. Allah yg menentukan.

Moto tersebut amat salah.

Wassalam.

Sunday, March 31, 2013

Thursday, March 21, 2013

Doa Kepada Pengantin

Doa pengantin yang saya petik dari Blog Sahabat

Sunday, March 10, 2013

Air Zam Zam Palsu

Hati-hati ketika membeli air zam zam di pasaran. Pendapat saya untuk diri saya sendiri: Saya yakin ada zam zam palsu di pasaran kita. Saya amat yakin.

Sedangkan yang dibeli di tanah haram di Makkah itu pun masih berisiko palsu, apalagi yang di sini. Kerajaan Saudi sendiri pun menggerakkan aktiviti pembanterasan penjualan air zam zam palsu di Makkah.

Wednesday, March 6, 2013

Artikel Air jampi - Akhbar Utusan

Air jampi tidak wajar dikomersial

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan supaya air ruqyah ataupun air jampi tidak dikomersialkan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, pengkomersialan air ruqyah kini dilihat telah dieksploitasi, malah ada sesetengah pihak cuba mengambil keuntungan mudah melaluinya.
“Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah apabila masyarakat mula menganggap kesembuhan itu datang daripada air jampi berkenaan. Contohnya, air ini boleh melariskan perniagaan dan menyembuhkan penyakit.
“Ruqyah atau jampi ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat serta syarat-syarat tertentu. Apabila perkara ini dikomersialkan, kita khuatir air itu tidak mematuhi syarat dan kaifiat tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jakim bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.
Jelasnya, usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.
Tambahnya, walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan
Dalam pada itu menurut Othman, meskipun tidak dinafikan dalam Islam terdapatnya kaedah menggunakan air yang diruqyah sebagai penawar dan ubat, namun kebiasaannya pihak yang ingin mendapatkan rawatan tersebut perlu bertemu pengamal perubatan Islam yang dipercayai atau lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.