Sunday, December 20, 2009

Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis

Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis

Pada 16 Dis yang lalu saya tlah menghadiri Muzakarah Pakar yang di jalankan oleh Pejabat Mufti Selangor. Muzakarah ini bertajuk "Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis".

Muzakarah ini telah dihadiri oleh hakim-hakim mahkamah, peguam sivil dan syariah, doktor perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan Islam.

Isu yang sangat menarik telah dibincangkan iaitu untuk mengheret pengamal sihir ke mahkamah. saya sempat berbincang dengan seorang hakim syariah mengenai tajuk ini dan menurut beliau antara cabaran utama dalam merealisasikan usaha ini ialah bentuk keterangan yang patut di terima pakai?

secara mudahnya, apa buktinya dia melakukan sihir? adakah dengan pengakuannya? ( memang dia tak akan mengaku pun) ataupun mimpi mangsa sihir? (mimpi boleh percaya ke?) dan banyak lagi elemen lain yang memerlukan penjelasan dan pandangan pakar.

secara kelseluruhan saya merasakan muzakarah ini sangat baik dan memerlukan usaha yang berterusan, bukan hangat2 tahi ayam. kerana ia merupakan perjalanan yang panjang.

dua tokoh perubanatan islam telah membentangkan kertas kerja iaitu, Tuan Guru Dato Dr Haron Din dan Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji dari Ulul Albab Management Services.

tuan guru harun din
Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji

No comments:

Post a Comment