Assalamualaikum.
seseorang bertanya kepada saya benarkah syaitan itu dirantai semasa Ramadan. beliau merujuk kepada satu tulisan yang di bacanya di satu blog.
10 jenis syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan
Iblis laknatullah itu sendiri.
Zalituun (anak iblis) – Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.
Wathiin – Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.
A’awan – Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin
besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.
Haffaf – Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.
Murrah – Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala
benda yang melalaikan.
benda yang melalaikan.
Masuud – Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.
Daasim – Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.
Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Lakhuus – Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.
Ulasan:
Setahu saya, istilah syaitan yang dirantai itu adalah perumpamaan sahaja. dalam bahasa arab ia disebut Balaghah. maksud ayat tidak boleh difahami secara literal. bukan lah betul dibelenggu seperti yang difahami oleh sebilangan besar kanak-kanak. tulisan tersebut di atas tidak pula saya ketahui rujukannya.
Wallahuallam.