Monday, July 26, 2010

MOHON DIBERI HASIL YANG BAIK


Semua orang berusaha dan melakukan sesuatu. Ada yang memulakannya dengan baik tetapi kemudian berakhir dengan tidak baik, dan sebaliknya. Apa yang kita usahakan, natijahnya bukan ketentuan kita. Rahmat Allah yang menentukan.

Kekadang kita diujiNya dengan natijah buruk, ada juga natijah usaha kita sanagat baik pada pandangan kita, namun sebenarnya bala menanti dari natijah itu. Maka kita mohon pada Allah, agar memperelok segala natijah perbuatan kita, dan terhindar dari ujian yang membawa kepada kehinaan.

Thursday, July 15, 2010

Dr. Haji Abdul Rahman bin Md Derus Kembali Kerahmatullah Pada 13-Jul-2010 (1:30 Pagi)




13-Jul-2010 (Selasa): Allahyarham Dr. Haji Abdul Rahman bin Md Derus (59 tahun) telah kembali kerahmatullah pada pukul 1:30 pagi di Hospital Kajang. Janazah Allahyarham telah sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi pada jam 11:44 pagi.

Kami, warga ahli Darussyifa' ingin manyampaikan ucapan takziah kepada seluruh waris & ahli keluarga Allahyarham.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

Latar belakang Allahyarham Dr. Haji Abdul Rahman bin Md Derus (59 tahun);



1. Tarikh Lahir: 15-Jan-1951
2. Tarikh Meninggal Dunia: 13-Jul-2010 (1-Syaaban-1432)
3. Alamat Rumah: 27 Jalan 2/2C Seksen 2 Bandar Baru Bangi
4. Sebab-sebab kematian: Strok
5. Ahli Jawatankuasa Darussyifa’.
6. Pengerusi Koperasi Darussyifa’ Berhad
7. No. Ahli Darussyifa’: 0046
8. Mantan Pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putera Malaysia