Sunday, October 30, 2011

Kisah Ahli Ibadat dan Pelacur

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Tuesday, October 25, 2011

KEBAIKAN GADDAFI

KEBAIKAN Gaddafi

-Dipetik dari Blog sahabat-


Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%.

Thursday, October 20, 2011

Kisah Anak Kecil

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Tuesday, October 18, 2011

Kisah nabi Ilyas

NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.

"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.

"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.

"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.

"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.

Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t.

Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.

"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.

Saturday, October 15, 2011

Soal jawab

ina: Boleh ke kita mandi dgn air yg telah didoakan dalam bilik air? 23-09-11 10:09

J: Boleh. Kita berdoa kpd Allah dan air itu hanya alat sahaja. Seperti juga membawa hp ke bilik air (dlm hp tu ada mp3 surah), bukan lah beerti penghinaan kpd alquran.

matsah: sy ingin kepastian air akar yg diblend utk sakit buah pinggang diguna bagaimana??
03-09-11 07:19

J: Setelah di blend, mendapkan air itu. lapisan jernih di atas dibuat minum, manakala yg mendap pekat itu disapu ke bahagian pinggang belakang.

anduka: telah membawa emak ke sebuah rawatan islam tp keadaan tidak berubah hanya boleh tido tp badan masih lemah mo 13-09-11 05:29

J: Kesembuhan datang dari Allah secara beransur2. sudah boleh tidur itu adalah satu reaksi yg sgt positif untuk sembuh.

Friday, October 14, 2011

Rajah Sihir



Rajah di atas menggunakan tulisan huruf2 seperti huruf arab. Dek kerana menggunakan tulisan arab, maka ramai juga menyangka ia selari dengan Islam.

Tapi kalau anda tgk gambar di atas, mustahil anda kata ia adalah islamic. Lebih teruk lagi jika ada yang mendakwa rajah itu ada sanad bersambung ke Rasulullah. Na'uzubillah !

Wednesday, October 12, 2011

Kitab Sihir





Kitab Syamsul Maarif Kubra.

Namanya seperti nama kitab ilmu khazanah Islam, hakikatnya sebuah Kitab Sihir karangan Syeikh Ahmad Ali al-Buni

Wednesday, September 28, 2011

Kerahsiaan Pesakit

Beberapa hari lepas saya ada membaca tulisan seorang perawat Islam di sebuah blog. Cantik blog nya, ringkas dan tidak menyemak. Banyak informasi Islam dan saya yakin ramai pengunjung yang menggemari blog ini.

Antara catatan yang di post ialah pengalaman beliau merawat. Ada juga faedah pengalaman sebegitu di post kan kerana dengan olahan yang baik, pembaca akan memperoleh manfaat.


Saya juga pernah membaca beberapa blog lain, yang pada saya ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. iaitu berkenaan KERAHSIAAN PESAKIT.


Sabda Rasulullah:


"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
"

Daripada hadis ini, tahu lah kita bahawa menjaga aib seseorang itu adalah sesuatu yang dituntut. Dan aib itu sendiri, merangkumi beberpa kategori.

Antara beberapa perkara KERAHSIAAN PESAKIT yang perlu diambilkira oleh perawat Islam dalam keghairahan menulis di blog masing-masing ialah:


"Jangan menyatakan nama secara spesifik. Tidak kira lah nama orang ataupun nama tempat. Mungkin sekalipun perawat itu merasa bangga dapat merawat seseorang itu, jangan sesekali menyebut namanya."


Sebagai contoh, saya ada membaca tulisan seorang perawat yang telah merawat gangguan di Sek. Men.. X. (bukan nama sebenar, iaitu sebuah sekolah berasrama penuh)
.

Diceritakanlah keadaan amukan pelajar, puluhan bahkan ratusan ekor jin telah menetap di bangunan itu, dinyatakan juga sejumlah guru nya yg juga kerasukan dan ada juga yang menggambarkan keadaan jin yg bertanduk dan sebagainya.

Kesan buruk dari penulisan tersebut ialah, persepsi masyarakat kepada sekolah tersebut akan tergugat. Tentu ibubapa tidak mahu menghantar anak ke sekolah sebegitu. Apatah lagi guru juga kena rasuk. Tentu guru2 di sekolah lain pula akan merisik khabar, siapakah rakan guru mereka yg kena rasuk itu. Reputasi pencapaian juga boleh jadi merudum.

Saya pasti guru2 di sekolah itu pun tidak mahu ia dihebah2kan kejadian yang berlaku disekolah mereka.

Saya yakin banyak lagi kesan negatif nya. Sebab itulah kita diminta menutup aib orang lain. Mungkin perawat yg menulis itu akan berkata "apa salahnya? saya menulis perkara yg benar2 berlaku dan saya tidak menipu. salah ke bercakap tentang perkara benar?."

Ya, memang perkara itu benar berlaku, tapi ia masih tertakluk kepada Hadis yg saya nyatakan di atas tadi. Hadis ini memang menepati kepada perawat, kerana menjaga aib digabungkan sekali dengan melepaskan kesusahan seseorang. Sesudah elok merawat, jangan pula membuka aibnya.

Akhirnya peranan sekolah dan guru dalam melaksanakan aktiviti pendidikan akan terganggu.
Diganggu oleh Perawat.

Wednesday, September 14, 2011

Doa Pelembut


Qalbahu : lelaki

Qalbaha : perempuan

Doa melembutkan hati.
Mudah2an lembut hatinya, hilang degilnya
dan mudah kita berurusan.

Friday, September 9, 2011

Tok Janggut



Adakah tok Janggut ini pengganas? Dia juga menyerang tentera British. Kalau kita di pihak British, tentu kita akan kata dia pengganas.

Sekalipun kita telah merdeka, tapi jiwa kita masih dijajah, bahkan idealogi kita masih menyokong British.


Sehinggakan jika ada anak Melayu yang melawan British (tak kira lah di Bukit Kepong atau Bukit Marak atau Bukit Bintang) maka kita akan lebel dia sebagai pengganas.


Kalau kita buat Filem, digambarkan tentera British baik dan penyelamat bangsa Melayu. Semacam kita lupa bahawa kaum merekalah yang menjajah kita 400 tahun. Mereka ini juga lah yg menipu tok nenek kita sampai menggadai tanah air sendiri.


Lihat lah sejarah Tok janggut, disiksa dengan kejam. Itu belum dikira pejuang tanah air yang lain.

Jangan hanya melihat Jepun sebagai penjajah (jajah pun cuma bbrp tahun), sehingga kita terlepas pandang
omputih sebagai penjajah yang telah meragut pemikiran kita sehingga sekarang.






Wednesday, September 7, 2011

Syaitan Bernama Khanzab

Diriwatakan Uthman bin Abi al-Aas datang berjumpa Nabi dan bertanya:


يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاثًا. قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي.


Maksud: “Wahai Rasulullah, syaitan telah datang antara diriku dan solat dan menjadikan aku keliru dalam bacaanku.”

Rasulullah s.a.w. menjawab: Itu adalah syaitan yang bernama Khanzab. Jika kamu menyedari kehadirannya, makan mohonlah perlindungan Allah daripada gangguannya dan ludahlah (tanpa air liur) ke kiri sebanyak tiga kali.”

Uthman berkata: “Aku melakukannya dan Allah menjauhkan syaitan daripadaku.” (Sahih Muslim)

Monday, September 5, 2011

S: Solat sunat Magrib


S: Maaf ust ingin bertanya lagi lanjutan soalan solat sunat saya yang terdahulu. Adakah ada solat sunat yang dilalukan sebelum Maghrib


J: Memang ada solat sunat sebelum solat fardhu magrib. Cuma solat sunat itu bukan muakkad (dituntut), ia adalah ghairulmuakkad (yang tidak dituntut sangat).

Rasulullah s.a.w menyebut: “Di antara azan dan iqamah, ada sembahyang bagi sesiapa yang ingin melakukannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari hadis ini, jelas adanya solat sunat tersebut, dan tidak wajar kita meninggalkannya.

Friday, September 2, 2011

Soal jawab

S: Kekeliruan solat sunat sebelum zuhur. 2 atau 4 rakaat? sebelum atau selepas solat fardhu?

J: Solat sunat sblm Zuhur ada 2 jenis. yang nama nya muakkad dan ghairulmuakkad. dibuat 2 rakaat + 2 rakaat, sepertimana sunnah Rasulullah. Begitulah juga selepas Zuhur pun.

Wednesday, August 31, 2011

Puasa Yg Diharamkan

Puasa yang diharamkan

Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban).

Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.

Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

Monday, August 29, 2011

Sunat Mandi Pagi Raya

Mandi Sebelum Solat Hari Raya

Imam Malik RA meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.