Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Sunday, March 31, 2013

Thursday, March 21, 2013

Doa Kepada Pengantin

Doa pengantin yang saya petik dari Blog Sahabat

Wednesday, September 14, 2011

Doa Pelembut


Qalbahu : lelaki

Qalbaha : perempuan

Doa melembutkan hati.
Mudah2an lembut hatinya, hilang degilnya
dan mudah kita berurusan.

Wednesday, August 3, 2011

Doa Taubat, RedhaIlmu Dan


Sempena Ramadhan yang mulia ini perbanyakkan lah memohon keampunan dari Allah SWT. Dan teruskanlah walau sesudah Ramadhan nanti. Kerana Allah Maha Pengampun.

Tuesday, June 28, 2011

Doa Terkejut Dari Tidur



Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).


Monday, June 6, 2011

Doa Agar Mampu Mengikut Sunnah


Kita sebagai umat Rasulullah SAW sangat dituntut agar mengikut sunnah Baginda. Namun bukan semua kita mampu, kerana berat hati pun boleh jadi penyebab dan penghalang.

Amalan memakai kopiah juga kekadang bukan mampu dibuat oleh semua orang pada setiap masa. Ada juga ustaz2 di televisyen yg kadang pakai kadang tidak. Ada rancangan kanak-kanak pun ustaz yg jadi murabbi tu pun tidak pakai kopiah. Walhal itu adalah program al-Quran pulak tu.

Bukankah lebih baik kita tonjolkan sunnah, dan bukan menyembunyikan sunnah. Lebih2 lagi bila di tv. itulah peluang kita untuk meyebarluaskan sunnah dan dakwah. Walaupun begitu, tentu ada justifikasi mereka sendiri berkenaan hal itu.

Saya paparkan ialah doa yang sangat baik, mudah2an Allah permudahkan kita untuk mengamalkan sunnah Baginda SAW.



Thursday, June 2, 2011

Doa Hilangkan Marah


Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari”(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan”(hadith riwayat Abu Daud)

Tuesday, May 24, 2011

Doa Murah Rezeki (2/2)


Doa Murah Rezeki, agar dipermudahkan dan dilancarkan rezeki dan pemberian dari Allah SWT.

Thursday, May 19, 2011

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki.

Kita diharuskan mencari rezeki sebanyak mana pun, asalkan dengan jalan yang halal.
Lebih baik miskin daripada kaya dengan duit haram.
Lagi elok kalau kaya, dengan jalan yang halal, ditambah suka bersedekah pula. boleh la membantu muslimin yang memerlukan.
Insyaallah.

Tuesday, January 18, 2011

Doa Mengentikan Tabiat

Assalamualaikum, inilah satu doa dalam mengikhtiarkan supaya seseorang meninggalkan tabiat buruk. Perbuatan yang selalu dilakukan akan menjadi hobi, tapi bila dah keterlaluan dan tidak boleh berhenti maka sudah jadi tabiat. Ada tabiat menghidu gam, dadah, anak kecil dengan bantal busuk, perempuan yang suka perempuan, dan sebagainya. Mudah2mudahan doa ini menjadi usaha yang mustajab untuk menghentikan tabiat. Boleh juga dibaca bersama Doa Pemisah.

Thursday, October 7, 2010

Doa Mohon Syurga

Apa yang di mohon hendaklah selari dengan perbuatan kita.
Jangan pula mohon syurga tetapi perbuatan menghala ke neraka.

Friday, September 24, 2010

S :adakah perubatan dengan kangkung dan tepung?

j: memang ada sesetengan perawat merawat dengan kangkung. ambil kangkung direbus dan minum airnya. begitu lah lebih kurang. sy pun tidak mengamalkan sebegitu. katanya boleh merawat santau juga selain untuk melancarkan perjalanan darah.

ada juga perawat menggunakan tepung. untuk alin/mengalin badan. iaitu menggunpal tepung menjadi bulat kemudian mengalin atau mengolekkan tepung td ke bahagian badan. saya juga tidak mahir berkenaan kaedah ini, namun beberapa pesakit memberitahu selepas di alin, dlm tepung tadi akan ada paku, pisau lipat dan mata psau cukur juga. pada saya jika begitu la halnya baik d elakkan kaedah tersebut, kerana ada ciri2 sihir.

s: telah menemui perawat di Darusyyifa tp penyakit masih ada

j: memang resmi berubat kena berulang kali. kalu ubat antibiotik hospital juga kita d minta "habiskan ubat ini". walau dah baik tp course tu kena complete kan juga.. maksudnya kita kena lah pmengulangi rawatani. perlu lah ingat bahawa syaitan yang mengganggu sudah bersumpah tidak akan jemu merosakkan manusia. kalau kita rawat hari ni, esok dia akan cuba lagi. mungkin setelah bbrp kali dia akan jemu dan kita tak akan d ganggu lagi. insyaalaah.


s: sujud syukur boleh dilakukan sersama solat atau berasingan?

j: sujud syukur adalah berasingan denagn solat dan perlu d lakukan d luar solat. jgn buat sujud syukur sejurus selepas salam kerana dibimbangi seolah2 kita menambah bilangan sujud pula.

Wednesday, August 25, 2010

Doa Memperbaiki Diri, Dunia Akhirat

jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ibi, dan hari-hari akan datang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Monday, July 26, 2010

MOHON DIBERI HASIL YANG BAIK


Semua orang berusaha dan melakukan sesuatu. Ada yang memulakannya dengan baik tetapi kemudian berakhir dengan tidak baik, dan sebaliknya. Apa yang kita usahakan, natijahnya bukan ketentuan kita. Rahmat Allah yang menentukan.

Kekadang kita diujiNya dengan natijah buruk, ada juga natijah usaha kita sanagat baik pada pandangan kita, namun sebenarnya bala menanti dari natijah itu. Maka kita mohon pada Allah, agar memperelok segala natijah perbuatan kita, dan terhindar dari ujian yang membawa kepada kehinaan.