Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w Menyatakan Rasa Kasih Kepada Isterinya Dalam Kehidupan Seharian
Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri
Hadis dipetik daripada Atha' bin Yasar, katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dlaam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur).
Memakai Wangi-wangian
Aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Mandi Bersama Isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
Menyikat Rambut Suami
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).
Meminta Isteri Meminyakkan Badannya
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir).
Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).
Membelai Isteri
Dalam hadis diceritakan, "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad).
Tidur Di Pangkuan Isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran." (Hadis riwayat Abdurrazaq).
Memanggil Dengan Kata-kata Mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima).
Friday, July 12, 2013
Ilmu Pergi Berperang
Saya berpeluang bertemu dengan seorang warga Filipina yang lama menetap di Sabah. Tidak mempunyai Kad Pengenalan. Memang seorang warga asing tetapi telah tinggal di Sabah sejak puluhan tahun dahulu lagi.
Orang ini sudah berusia dan masih sihat dan kuat. Handal dalam ilmu silat dan mengubat dengan cara yang yang tidak benar.
Sempat saya bertanya ttg ilmu perang org Filipina (maksudnya ilmu yang diamalkan oleh masyarakat Islam selatan Filipina).
Lalu beliau menunjukan satu ilmu. Saya tahu ilmu itu dipanggil Kaf 40. Beliau memanggilnya dengan nama lain. Menurut nya ilmu ini telah lama diamalkan di kalimantan dan selatan Filipina.
Inilah ilmu nya itu. Catatan tangan yang ditulis pada tahun 70an.
Bagaimana ilmu ini digunakan?
Dalam satu peperangan, seorang ketua org alim akan membuat pilihan siapa yang boleh ikut dlm peperangan tersebut. Semua tentera mengamalkan ilmu ini. Orang alim tadi akan membacakan satu mentera lain. Seperti di bawah ini.
Hanya tentera yang mendengar mentera yang dibacakan sahaja yang boleh ikut pergi berperang. Dalam ramai2 tentera itu, bukan semua boleh dengar mentera yang dilaungkan itu.
Menurutnya, pegi 10 balik pun 10. Maksudnya tentera yg pergi pasti akan selamat pulang.
Ada beberapa lagi kegunaan yang beliau bgitahu saya. dan kebanyakannya adalah untuk tujuan yang amat salah.
Patutlah guru saya dahulu pernah pernah kata "jangan dok amai ilmu nih"
Wassalam.
Sunday, March 10, 2013
Air Zam Zam Palsu
Sedangkan yang dibeli di tanah haram di Makkah itu pun masih berisiko palsu, apalagi yang di sini. Kerajaan Saudi sendiri pun menggerakkan aktiviti pembanterasan penjualan air zam zam palsu di Makkah.
Wednesday, March 6, 2013
Artikel Air jampi - Akhbar Utusan
Air jampi tidak wajar dikomersial
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan supaya air ruqyah ataupun air jampi tidak dikomersialkan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam.Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, pengkomersialan air ruqyah kini dilihat telah dieksploitasi, malah ada sesetengah pihak cuba mengambil keuntungan mudah melaluinya.
Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah apabila masyarakat mula menganggap kesembuhan itu datang daripada air jampi berkenaan. Contohnya, air ini boleh melariskan perniagaan dan menyembuhkan penyakit.
Ruqyah atau jampi ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat serta syarat-syarat tertentu. Apabila perkara ini dikomersialkan, kita khuatir air itu tidak mematuhi syarat dan kaifiat tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jakim bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.
Jelasnya, usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.
Tambahnya, walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan
Dalam pada itu menurut Othman, meskipun tidak dinafikan dalam Islam terdapatnya kaedah menggunakan air yang diruqyah sebagai penawar dan ubat, namun kebiasaannya pihak yang ingin mendapatkan rawatan tersebut perlu bertemu pengamal perubatan Islam yang dipercayai atau lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130221/dn_08/Air-jampi-tidak-wajar-dikomersial#ixzz2MihFscw4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, March 16, 2012
Teka teki
Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil.. masa tu just ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda... 1/6 la tu..
Wednesday, February 29, 2012
Kisah Sahabat: Al-Ahnaf Bin Qais
Al-Ahnaf bin Qais, salah seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliau digelar “Abu Bahr berasal dari Bani Tanim”. Dia dipanggil “al-Ahnaf” kerana kecacatan di kakinya.
Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w. Betapa harumnya nama al-Ahnaf sehingga diumpamakan, “Lebih lemah lembut berbanding al-Ahnaf (ahlam min al-Ahnaf)”.
Pernah diriwayatkan suatu hari ada seorang lelaki mengutuk dan mengeji al-Ahnaf. Apa tindak balasnya? Al-Ahnaf pergi dari situ dan tidak membalas kejian dan makian tersebut. Kejian dan makian tersebut tidak diendahkan, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langkahnya diteruskan walaupun lelaki yang mengejinya tadi tetap mengikut langkah kakinya dan terus mengutuknya. Lagak al-Ahnaf masih seperti tadi, tenang dan tidak menghiraukannya.
Sebaik sahaja menghampiri kawasan kediamannya, al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Dipandang lelaki yang mengejinya tadi lantas berkata: “Jika masih ada apa-apa yang engkau ingin katakan, maka luahkanlah segala-galanya sebelum penghuni kejiranan ini mendengar kata-kata mu dan mula menyakitimu”.
Dalam kisah yang lain pula, seorang lelaki mengutuknya dan mengejinya. Al-Ahnaf sekadar diam tidak berkata apa-apa walau sepatah. Lelaki tersebut tidak berputus asa, tetap meneruskan misinya mengutuk dan menghina al-Ahnaf sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf berkata kepadanya: “Ini dia makanan tengah hari kami. Jom makan bersama kami”.
Ajakan al-Ahnaf itu sungguh-sungguh ikhlas dari hatinya. Bukan ajak-ajak ayam atau ajakan sinis. Lelaki yang menghinanya itu malu. Usahanya ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sia-sia dan tidak bermanfaat pun.
Demikianlah akhlak al-Ahnaf yang lemah lembut, pemaaf, tidak berdendam dan tidak baran, malah berhikmah dalam menghadapi sebarang situasi.
Sunday, February 5, 2012
Akhlak Rasulullah
Wednesday, November 2, 2011
Puasa Hari Arafah
Hari Sabtu ini 6/11/11 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H, kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.
Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Tuesday, October 25, 2011
KEBAIKAN GADDAFI
KEBAIKAN Gaddafi
-Dipetik dari Blog sahabat-Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:
1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.
2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.
3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.
4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.
6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.
7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.
8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.
9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.
11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.
13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%.
Thursday, October 20, 2011
Kisah Anak Kecil
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Tuesday, October 18, 2011
Kisah nabi Ilyas
NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.
"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t.
Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.
Friday, September 9, 2011
Tok Janggut

Adakah tok Janggut ini pengganas? Dia juga menyerang tentera British. Kalau kita di pihak British, tentu kita akan kata dia pengganas.
Sekalipun kita telah merdeka, tapi jiwa kita masih dijajah, bahkan idealogi kita masih menyokong British.
Sehinggakan jika ada anak Melayu yang melawan British (tak kira lah di Bukit Kepong atau Bukit Marak atau Bukit Bintang) maka kita akan lebel dia sebagai pengganas.
Kalau kita buat Filem, digambarkan tentera British baik dan penyelamat bangsa Melayu. Semacam kita lupa bahawa kaum merekalah yang menjajah kita 400 tahun. Mereka ini juga lah yg menipu tok nenek kita sampai menggadai tanah air sendiri.
Lihat lah sejarah Tok janggut, disiksa dengan kejam. Itu belum dikira pejuang tanah air yang lain.
Jangan hanya melihat Jepun sebagai penjajah (jajah pun cuma bbrp tahun), sehingga kita terlepas pandang omputih sebagai penjajah yang telah meragut pemikiran kita sehingga sekarang.

Wednesday, August 31, 2011
Puasa Yg Diharamkan
Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban).
Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
Monday, August 29, 2011
Sunat Mandi Pagi Raya
Mandi Sebelum Solat Hari Raya
Imam Malik RA meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
Monday, August 15, 2011
HMETRO : Minum Air Mayat
Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minumairmayat/Article/index_html
Minum air mayat
am@hmetro.com.my
MENGARUT...Mohd Ariff menunjukkan contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya.
KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.
“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.
“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.
Monday, August 1, 2011
Legasi Bomoh Sesat
Pesakit yang datang berubat dengan beliau bukan main banyak lagi. Iklannnya terdapat di akhbar. Biasanya satu mukasurat penuh. Kalau tak salah, sering kali gambar beliau dipapar sedang merawat puluhan orang.
Tidak berapa lama kemudian, dengar khabar beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Senario bomoh sesat seakan satu legasi. Yang sentiasa ada pada setiap zaman. Dan paling menarik, para Bomoh Sesat ini akan melalui liku hidup yang sangat banyak persamaan. Antara titik temu mereka ini ialah seperti berikut:
1. Mendakwa dirinya lah Bomoh terhebat.
2. Pasti baik setelah mendapat rawatan.
3. Merawat saka/gangguan/santau dalam masa beberapa minit sahaja (atau mungkin beberapa saat, macam Superhero).
4. Mempunyai pengikut.
5. Ritual yang menyalahi hukum, seperti membaca surah-surah tertentu secara terbalik.
6. Mendakwa dirinya adalah bomoh/perawat No. 1.
7. Mempunyai wilayah takluk yang luas hingga ke benua lain.
8. Menyumpah perawat lain dan cepat melenting bila ditegur.
9.Tidak mengaku sesat, dan tegar dalam kesyirikan walau sudah dikaunseling, walau dah berapa kali naik haji/umrah sekalipun.
10. Dan terakhir, kebanyakkan mereka ditahan pihak berkuasa agama.
Saya menyeru kepada diri saya sendiri, agar kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Setiap yang dilarang olehNya pasti berupa hikmah untuk kebaikan bersama. Bagi yang ingkar, sama-sama lah dibendung.
Syabas dan tahniah kepada pihak penguasa agama (Jabatan Agama Islam Negeri) yang sentiasa menjalankan Amar Makruf Nahi Mungkar !
Thursday, June 23, 2011
Beberapa Hadis Berkenaan Jin
Hadis 1 :
Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar. Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”
Hadis 2 :
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, katanya:
“Tidak ada suatu rumah dari kaum Muslimin melainkan di atap rumah mereka adalah golongan jin Islam. Apabila mereka meletakan makanan pada waktu siang, golongan jin turun dan makan tengahari bersama mereka dan apabila manusia meletakan makan malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka”
Hadis 3 :
Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”
(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)
Hadis 4 :
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dgn penuh kehinaan”
Hadis 5 :
Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda :
“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: Wahai Rasul kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu? Rasul menjawab: Taun adalah tusukan saudara-saudaramu dari golongan jin”
(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)
Wednesday, April 27, 2011
Buku Terbaru: Buku Rawatan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Wednesday, April 20, 2011
ALLAH SWT MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
ALLAH SWT MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Wednesday, March 16, 2011
Bomoh Sesat? Bertaubat lah !
Saya terpanggil untuk menulis pagi ini, lantaran mengenangkan sikap segolongan org yg begitu menyanjungi bomoh tertentu.
Saya berharap, kita dapat menilai seseorang itu (sepaling tidak pun melalui penulisannya di blog, atau pengisiannya).
Akhlak yang paling baik ialah akhlak Rasulullah SAW yang bertunjangkan al-Quran. Maka kenali lah perawat/bomoh melalui akhlak Rasulullah.
Jika perawat/bomoh, asyik cakap besar, (tunjuk lagak?), mencerca, atau cakap semberono, adakah itu akhlak Rasulullah?
Sekali lg saya mengingatkan diri sendiri, sudah sudah la support bomoh yang tidak berakhlak, itu belum lagi dilihat dari kesyirikan dalam kaedah pengubatannya.
Jangan terkena baru terngadah. Ada baiknya bomoh sebegini kita tingalkan dan pulaukan agar tidak mencemar nama baik pengubatan Islam. Mudah-mudahan Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk.
Wassalam.







