Wednesday, April 14, 2010

3 jenis mimpi


  • kome syeikh, kalu org guna scan ikut ilham dlm mimpi?
  • ustazhanafi mimpi kategori lain plak,sbb hadis sebut mimpi ada 3jenis, dari allah, dari syaitan, dan mainan tidur. mmg ada mimpi benar. tp tak semua
    Details
    2010-04-07 12:39 AM
    #

HADIS DI ATAS MENYATAKAN MENGENAI 3 JENIS MIMPI,
OLEH ITU KITA JGN OVER CONVIDENCE DENGAN MIMPI KITA, MUNGKIN IA ADALAH DARI SYAITAN.

doa mendalami ilmu

doa ini asalnya doa nabi kepada ibn abbas.
perkataan faqqihni asalnya ialah faqqihhu yang bermaksud berilah kefahaman yg mendalam kepadanya, telah saya ubah kepada faqqihni agar lebih sesuai untuk mendoakan diri sendiri.

Thursday, April 1, 2010

tengok / tilik?

Guest boleh ust tgk dari jauh mak sy yang sedang sakit kat ipoh
Details
2010-03-31 5AM
tak boleh.



.............................................................................



tengok/tilik:
sering kali pesakit akan minta perawat tengok, sesetengah orang menyebut tilik.

sebenarnya tilik ini tidak berlaku, apalagi jika secara jarak jauh. perawat islam bukannya bomoh.

biasanya org yg boleh tilik ini dia guna jin, jin itu lah yg tolong p tengok dan habaq kat dia.

ingatan saya pada semua, perkara yg menghampiri syirik hendaklah kita jauhi.

Tuesday, March 2, 2010

doa tetap hati dalam islam


mudah-mudahan kuat hati kita berpegang pada agama allah.

Monday, March 1, 2010

al-Fatihah

al-Fatihah
al-Fatihah dan doa buat isteri kepada ustaz mokhtar kassan.
Beliau ialah seorang perawat santau bagi pesakit perempuan.
pemergian beliau adalah satu kehilangan besar dalam bidang rawatan islam.
beliau telah pulang ke rahmatullah pada subuh sabtu yg lalu.

Thursday, February 25, 2010

Monday, February 8, 2010

teka jin

jaybe camne nk tau jinganngu tu tua ke budak ke,pelesit je jin tanah ker?
Details
2010-01-26 12:19 AM


salam. nak tahu secara tepat jin tu jenis apa, umur brapa, tak boleh. memang tak boleh. ada pun yg banayak berlaku perawat hanya meneka sahaja berdasarkan pengalaman mereka.

kalaupun jin itu mengaku umur 2000 tahun sekalipun, bukan boleh caya pun. memang jin sengaja mengaku umur 2-3 ribu supaya dia nampak hebat dan gah. dia boleh temberang .

andai kata dia tewas dgn perawat, perawat tu boleh jadi bangga sbb dah kalahkan jin 2000tahun. itu pun kehendak jin juga, suka la jin tu bila kita berbangga, dan besar diri.

kita hanya boleh mengagak jenis jin tu. kalau dia menjerit panggil mak, kebiasaan nya pelesit. kalau pesakit meraung mcm budak2, mungkin jin tu budak lag. begitu lah. waallahua'lam.

doa keampunan dari segala keterlanjuran

Monday, February 1, 2010

doa mensucikan diri dari dosa2

semua org tidak terlepas dari melakukan kesilapan. mohon lah agar Allah mengampuni kita semua.

Wednesday, January 27, 2010

10 AMALAN YANG TERBALIK

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Tuesday, January 26, 2010

Monday, January 25, 2010

pendinding yang memudaratkan

AbgauditSalam Ust . Boleh cerita sikit tak tentang pendinding yg dibenarkan dalam Islam.Dan yg ditegah.
2010-01-23 6:27 AM
#


Pendinding yang dibenarkan ialah pendinding yang di ajar oleh Rasulullah, atau yang di amalkan oleh para ulama.



pendinding yg boleh ialah antaranya dari al-quran, kerana quran itu syifa'. ataupun doa2 yg diajar oleh nabi, atau doa amalan para soleh.



ada juga pendinding yang perlu dilakukan dengan kaedah tertentu, seperti menggunakan garam, asam jawa dll.



semua pendinding ini dibolehkan kerana ia berkonsepkan doa kepada allah dan usaha kita.



pendinding yg tidak boleh pun byk juga. kebanyakkan nya menyeru kepada jin. atau setidak-tidaknya kepada makhluk yg kita tak pasti.nama pelik2 dan bahasa pelik2.



PERBEZAAN PENDINDING HALAL DAN HARAM:



Bezanya ialah


1. pendinding haram membawa kita kepada syirik.


2. pendinding haram bukan saje menhalang kemudaratan, malahan mendinding kebaikan yang perlu kita dapat. sebab itulah boleh dikatakan semua pengamal nya hidup tak senang, rezki tak masuk.

Friday, January 22, 2010

Bomoh Patah

Guest SALAM. bomoh patah boleh ke
Details 2010-01-20 3:22 AM #

waalaikumussalam.
berkenaan dengan bomoh patah ni, nak bagi hukum boleh ke tak boleh susah jgak. kebanyakkan perawat/bomoh bukannya nak bgtau apa amalan nya. kalau kita nak jd murid nak blaja merawat patah ni pun sangat susah.


pernah juga sy berjumpa dgn bomoh patah ni, dan cuba risik2 la ilmu dia pakai, tp takdenya dia bgtau. tak mengapalah.

secara umumnya, ada tanda2 bomoh patah yg tidak boleh,maksudnya ada kemungkinan dia guna jin. tanda yg paling jelas ialah kalau :

1. dia kata begini : " takpa lah, hang balik dulu. aku buat lah kat sini. mlm ni orang aku datang umah hang, dia tolong buat kat tgn hang la plak.jgn takot noi..."

2. dia amik ayam, pastu patah2kan tulang ayam tu, kemudian ayam tu di bunuh kemudian dia campak blakang rumah dia.

dua tanda ini kalau bomoh tu buat, tandanya kita carilah bomoh lain.

nota: antara perawat patah yg paling mujarab ialah Mok Su Tijoh, pasir puteh kelantan. wallahua'alam masih membantu masyarakat atau sudah kembali ke rahmatullah.