Wednesday, August 31, 2011
Puasa Yg Diharamkan
Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban).
Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
Monday, August 29, 2011
Sunat Mandi Pagi Raya
Mandi Sebelum Solat Hari Raya
Imam Malik RA meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
Saturday, August 27, 2011
Hadis Berkanaan Syaitan (2)
Apabila salah seorang dari kalian menguap hendaklah diletakkan tangannya dimulutnya dan tidak memanjangkan suaranya kerana syaitan mentertawakannya ketika itu - Hadis Riwayat Ibnu Majah
Tutuplah bekas, tempat-tempat air, pintu Sebab setan tidak singgah ditempat air yg tertutup tidak membuka pintu tertutup Serta tidak membuka bekas yg tertutup – Hadis Riwayat Bukhari
Janganlah kamu kencing dilubang - Hadis Riwayat Abu Daud
Jangan kamu melepas binatang ternakan kamu dan anak-anak kamu di saat matahari terbenam hingga kegelapan malam sebab sesungguhnya syaitan berkeliaran saat matahari terbenam hingga hilang gelapnya malam - Hadis Riwayat Muslim
Sesungguhnya setan duduk dibawah kuku yang panjang - tidak ingat riwayat siapa tapi saya ingat baca hadis ini dari Ihya Ulumuddin
Monday, August 22, 2011
Hadis Berkenaan Syaitan (1)
Sungguh aku melihat syaitan-syaitan dan manusia lari dari Umar - Hadis Riwayat Tirmizi
Apabila tiba bulan Ramadhan dibukalah pintu langit dikunci pintu neraka dan syaitan dibelenggu Hadis - Hadis Riwayat Bukhari
Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada diri manusia melalui jalan-jalan darah. Maka persempitlah tempat jalannya dgn lapar - Hadis Riwayat Bukhari
Jika kamu mendengar suara keldai maka belindunglah kepada Allah dari syaitan. Kerana sesungguhnya dia melihat syaitan – Hadis Riwayat Bukhari
Hendaklah seseorang di antara kamu makan minum dan mengambil dgn tangan kanannya kerana syaitan itu makan minum dan memberi dgn tangan kirinya - Hadis Riwayat Ibnu Majah
Monday, August 15, 2011
HMETRO : Minum Air Mayat
Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minumairmayat/Article/index_html
Minum air mayat
am@hmetro.com.my
MENGARUT...Mohd Ariff menunjukkan contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya.
KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.
“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.
“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.
Wednesday, August 10, 2011
soal jawab puasa
J: Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.
Adakah batal puasa berbekam? ada hadis mengatakan ia batal
J: Tidak batal berbekam ketika puasa. walaupun ada hadis jelas mengatakan batal, namun hadis yang terkemudian daripada itu adalah terpakai. Iaitu nabi sendiri telah berbekam pada baginda sedang berpuasa.
Monday, August 8, 2011
soalan wuduk dan puasa
J: Boleh berwuduk dengan sempurna. maksudnya dengan melakukan semua sunat2nya. yang dikatakan makruh itu ialah apabila berlebihan memasukkan air atau terlalu menjolok dengan jari.
Jika wuduk diambil dengan betul, maka ia tidak akan sampai ke tahap yg makruh tersebut.
guest: Bagaimana dengan solat tarawih sambil duduk dan tidak dalam saf?
J: Solat sunat dibolehkan dengan terus duduk walau berkeupayaan untuk berdiri. Kedudukan dalam saf juga bukan tuntutan yg rigid kerana konsep tarawih itu ialah solat santai dan kadang2 kita bersama anak kecil maka kita bersolat dibelakang sedikit dari saf utama.
Friday, August 5, 2011
Soal jawab
J: Pengubatan dengan cara memindahkan penyakit ke telur atau ke haiwan memang perlu dipertikaikan. Kerana kaedah ini menimbulkan beberapa persoalan:
1. Boleh jadi ianya silap mata sahaja, dengan cara sesuatu telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam telur itu. Banyak cerita mengatakan perawat hanya menggunakan telur perawat sendiri, dan tidak boleh guna telur yang dibawa oleh pesakit. Kononnya telur perawat itu telah didoakan dan telah dimasukkan energi positif padanya, sehingga mampu menarik penyakit.
2. Benarkah dukun itu telah memindahkan penyakit? Pada saya takmungkin dia sendiri yg pindahkan. Sy yakin itu bukan kemampuan dia. Mesti ada pertolongan. Adakah terdapat pengaruh sihir? Kenapa tidak? Perbuatan itu diluar kemampuan biasa manusia.
3. Boleh dikatakan semua yang mengamalkan kaedah ini, adalah golongan yg sangat dipertikaikan akidahnya. Tidak pernah kita dengar ia dipraktikkan oleh Tok Guru Pondok, oleh ulama, atau oleh mana2 perawat islam yang masyru'.
4. Kalaupun ada orang mendakwa, beliau telah diberi "keizinan" dari Allah untuk mampu melakukan itu, pada sy itupun masih mengarut. Bukankan kambing itu haiwan ciptaan Allah. Kenapa perlu dizalimi sehingga kita memindahkan santau ke kambing itu?
Lihat beberapa hadis Rasulullah SAW:
Pernah suatu ketika,Rasullah melihat sekumpulan orang menjadikan haiwan (burung) sebagai sasaran anak panah.Maka baginda bersabda yang bermaksud, “Allah mengutuk orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai sasaran.” (MUTTAFAQ ALAIH)"
Baginda pernah menegur seorang sahabat yang mengambil anak burung dari sarangnya dan baginda melihat sang ibu terbang ke sana sini mencari anaknya yang hilang.Banginda bersabda yang bermaksud,”Siapa yang menyakiti haiwan ini dengan mengambil anaknya?Kembalikanlah ke tempatnya.” (RIWAYAT ABU DAUD)
“Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing dikurungnya sehingga mati.Dia masuk neraka kerana tidak memberi haiwan itu makan dan minum ketika dikurung dan dia juga tidak membiarkan kucing itu makan serangga (atau haiwan kecil lain yang berada sekitarnya).”(RIWAYAT BUKHARI)Elakkanlah dari kaedah sebegitu. Lebih teruk lagi apabila kambing itu hendaklah dibunuh. Kononnya supaya si kambing tidak menderita. Juga tidak boleh dimakan dagingnya, takut penyakit berpindah semula ke manusia.
Akhirnya kambing dibunuh, diletakkan di suatu tempat sebagai hidangan kepada makhluk halus. Begitulah tersebarnya tipudaya Iblis untuk mensyirikkan manusia.
Wallahual'lam.
Wednesday, August 3, 2011
Doa Taubat, RedhaIlmu Dan
Monday, August 1, 2011
Legasi Bomoh Sesat
Pesakit yang datang berubat dengan beliau bukan main banyak lagi. Iklannnya terdapat di akhbar. Biasanya satu mukasurat penuh. Kalau tak salah, sering kali gambar beliau dipapar sedang merawat puluhan orang.
Tidak berapa lama kemudian, dengar khabar beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Senario bomoh sesat seakan satu legasi. Yang sentiasa ada pada setiap zaman. Dan paling menarik, para Bomoh Sesat ini akan melalui liku hidup yang sangat banyak persamaan. Antara titik temu mereka ini ialah seperti berikut:
1. Mendakwa dirinya lah Bomoh terhebat.
2. Pasti baik setelah mendapat rawatan.
3. Merawat saka/gangguan/santau dalam masa beberapa minit sahaja (atau mungkin beberapa saat, macam Superhero).
4. Mempunyai pengikut.
5. Ritual yang menyalahi hukum, seperti membaca surah-surah tertentu secara terbalik.
6. Mendakwa dirinya adalah bomoh/perawat No. 1.
7. Mempunyai wilayah takluk yang luas hingga ke benua lain.
8. Menyumpah perawat lain dan cepat melenting bila ditegur.
9.Tidak mengaku sesat, dan tegar dalam kesyirikan walau sudah dikaunseling, walau dah berapa kali naik haji/umrah sekalipun.
10. Dan terakhir, kebanyakkan mereka ditahan pihak berkuasa agama.
Saya menyeru kepada diri saya sendiri, agar kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Setiap yang dilarang olehNya pasti berupa hikmah untuk kebaikan bersama. Bagi yang ingkar, sama-sama lah dibendung.
Syabas dan tahniah kepada pihak penguasa agama (Jabatan Agama Islam Negeri) yang sentiasa menjalankan Amar Makruf Nahi Mungkar !
Thursday, July 28, 2011
anda mesti berpegang bahawa setiap benda itu adalah halal, sehingga lah ada sesuatu yang mengharamkannya.
Dan mesti kita faham bahawa, tiada tanda Halal oleh Jakim bukanlah beerti benda itu haram. Jika anda beli baju, tiada tanda halal pun pada baju itu. Adakah baju itu haram? mungkin baju itu dibuat dari bulu babi?
Begitu juga dengan minuman ini, semua adalah halal kecuali kita tahu bahawa ada campuran arak. Tapi benarkah ada? Atau itu hanya tohmahan pesaing dalam perniagaan mereka?
Walaupun begitu, tidak salah kita berhati-hati (ihtiyaati). Maksudnya kita mengaggap sesuatu itu haram hanya kerana kita meraguinya. Tapi jgn lah Ihtiyaati keterlaluan. Jika keterlaluan maka itu juga sebahagian dari penyakit was-was.
guest: bagaimana pula dgn ferfume beralkohol?26-07-11 8:02
arak mengandungi alkohol, tapi alkohol itu sendiri bukan lah arak. ia adalah salah satu elemen yang ada dalam arak. tidak semestinya alkohol itu diambil dari arak, ada lagi sumber lain.
Jika alkohol diambil dari ekstrak arak, maka ia juga sebahagian dari arak. tapi tidak mungkin pengusaha perfume ambil alkohol dari arak, kerana kos nya yang tinggi. mereka ambil dari buah-buahan, maka ia halal.
Monday, July 25, 2011
Tuesday, July 19, 2011
soalan adakah kena sihir
Assalamualaikum,
Sama ada kita kena sihir atau tidak bergantung kepada apa yang kita alami. Tidak boleh kita menentukan tanda2 kena sihir, kemudian kita mula mensesuaikan tanda tersebut pada diri kita. itu cara yang tidak tepat. Kerana kita seolah mencari2 tanda tersebut dlm diri kita, sehinggakan keadaan biasa pada diri kita pun akan dianggap tanda sihir.
Yang lebih baik ialah, dengan meneliti apa yg kita alami dahulu. Adakah perkara2 yang aneh berlaku? Adakah kita pernah alami mimpi yang berulang2? Adakah kita sakit, tp diagnos doktor mengatakan kita sihat? Jika ada sesuatu yang aneh, maka ada kemungkinan ada pengaruh gangguan makhluk halus. Tapi itupun masih terlalu kabur untuk menentukan kena sihir atau tidak.
Secara umumnya org yang terkena gangguan/sihir akan mengalami sesuatu yang tidak biasa dialaminya.
Contohnya:
1. Mimpi berulang. Mimpi itu mungkin mimpi jatuh, berjumpa seseorang, sesuatu menakutkan, menyusukan budak kecil atau di suatu tempat yang asing.
2. Sakit yang tidak dapat dikenalpasti oleh doktor hospital
3. Sakit pada badan yang beralih2 tempatnya
4. Perasaan terganggu
5. Reaksi apabila mendengar ayat2/doa
6. Dan byk lagi, setiap satu berbeza bagi setiap orang, tapi asasnya sama, iaitu mengalami sesuatu yang tidak pernah dialami.
Jika keadaan seperti biasa saja, tiada yg aneh pun, maka comfirm tiada gangguan/sihir dan tidak perlu risau. Mungkin perasaan kita sahaja yang berprasangka kita disihir.
Boleh juga berubat tanpa kehadiran, maksudnya secara wakil ataupun dengan memberi maklumat orang yang perlu didoakan dan didoakan secara jauh. Wassalam.
Wednesday, July 6, 2011
Persoalan solat tasbih
Asslamualaikum,
Solat sunat tasbih boleh dibuat siang atau malam. Kecuali waktu2 yang diharamkan bersolat. Sering dilakukan pada malam kerana sudah menjadi kebiasaan solat ini dibuat pada malam bulan puasa. Tapi hakikatnya, siang boleh malam pun boleh.
Bagi solat sunat, memang tiada tahiyat awal. Yang ada hanya tahiyat akhir. sekalipun solat sunat itu melebihi 2 rakaat.
Contohnya solat sunat witir yang dilakukan secara 3 rakaat. Hanya ada tahiyat pada rakaat akhir sahaja, tiada tahiyat awal pada rakaat ke-2 sebagaimana solat Maghrib.
Begitulah juga solat sunat yang dibuat 4 rakaat terus, yang ada hanya tahiyat pada rakaat terkhir.
Solat ini boleh dilakukan secara terus 4 rakaat (dalam b.Arab dipanggil washal) atau dibuat 2 kemudian 2 lagi ( dipanggil fashal).
Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya Fatawa Kubra al-Fiqhiyah, kedua cara tersebut ada diterangkan di dalam hadis.
Oleh yang demikian, harus melakukan kedua cara tersebut (2x2 atau 4 terus), akan tetapi Imam Ghazali mengatakan dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin, jika dibuat di waktu siang, buatlah dengan empat rakaat dengan satu salam, dan jika dibuat di waktu malam buatlah dengan 2 rakaat dan 2 rakaat..
Saranan Imam Ghazali ini adalah bersandarkan sabda Rasulullah SAW apabila Baginda ditanya tentang bagaimana sembahyang malam, Baginda pun menjawab:
Maksudnya:
“Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat.”
(Hadis Imam Ahmad)
Sekian, Wallua'lam bissowab.


